Friday, March 8, 2013

Sebelum Aku Bernikah

Sebelum Aku Bernikah
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Sebelum Aku Bernikah, 
Telah aku lamar seorang perempuan, 
Aku kira engkau adalah dia, 
Aku berharap engkau adalah dia, 
Boleh jadi bukan, 
Boleh jadi ya, 
Kerana engkau sahaja aku cinta, 
Bukan tunangku, 
Bukan yang nanti menjadi isteriku, 
Melainkan dia adalah engkau, 
Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

Irkam Ma’ana Bahtera Menuju ke Syurga

Irkam Ma’ana Bahtera Menuju ke Syurga
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00
"Ya bunayya, irkam ma'ana." Maksudnya, "Wahai anakku, naiklah bersama kami." 
Itulah pujukan Nabi Nuh kepada anaknya, pada saat banjir kilat lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya ditenggelami air, walhal Nabi Nuh dan mereka yang beriman selamat di atas bahtera. 
Irkam Ma'ana. 
Naiklah bersama-sama kami. Naik ke mana? Persoalan yang muncul dalam hati. 
Mari kita ikut bersama menjadi hamba sebenar Illahi.

Jin dalam Al-Quran

Jin dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00 

Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.

Dia di Mana-Mana

Dia di Mana-Mana
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00 

Tidak dapat dinafikan bahawa kekuasaan Allah meliputi seluruh kejadian alam yang dicipta-Nya. Mengakui keesaan dan kekuasaan Allah itu adalah cabang iman sebenar. Apabila kita mengamati ayat-ayat Allah itu degan kesedaran tentang kekuasaan-Nya, pastilah timbul rasa yang mengagumkan. Tinggalkanlah sejenak segala kesibukan kita, nescaya kita akan dapat merasai kekaguman itu. Topik yang dikupas oleh penulis adalah tentang kejadian manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, angkasa raya, dan sumber rezeki. Melalui perbincangan pelbagai peristiwa dan makhluk yang dicipta oleh Allah, tentu para pembaca akan menyedari kekuasaan Allah yang wujud pada setiap saat dan tempat.

Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak

Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00


KANDUNGAN
Bab 1 Pintar Cerdas 
Bab 2 Fungsi Otak 
Bab 3 Persediaan Menjelang Perkahwinan 
Bab 4 Merangsang Janin Semasa Hamil 
Bab 5 Rangsangan Selepas Kelahiran 
Bab 6 Rangsangan Melalui Bahan Permainan 
Bab 7 Rangsangan Melalui Pemakanan 
Bab 8 Peranan Sekolah 
Bab 9 Menjadi Ibu Bapa Profesional

Urutan Mesra Buat Si Manja

Urutan Mesra Buat Si Manja
Penulis: Dr Elaine Fogel
Terbitan: PTS
Harga: RM38.00

Kuasa sentuhan dan urutan sudah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan yang baik kepada bayi anda. Antara kebaikan mengurut bayi adalah seperti berikut: 
- Membantu perkembangan dan tumbesaran badan bayi 
- Meningkatkan perkembangan otak bayi 
- Bayi lebih sihat dan selamat daripada serangan penyakit 
- Memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi 
Mengurut bayi juga mempunyai manfaat yang besar kepada ibu bapa. Antaranya: 
- Mengurangkan stres dan tekanan perasaan 
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran mendidik anak 
- Membina hubungan erat dan berkekalan dengan anak tersayang

Fiqh Imam Syafie

Fiqh Imam Syafie
Penulis: Ridzuan Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Fiqh Imam Syafie mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan biografi Imam Syafie. Antara maklumat menarik adalah: Kita mengetahui bagaimana beliau mampu menonjol dalam pelajaran walaupun miskin. Kita juga melihat kehebatan Imam Syafie yang diminta berfatwa seawal umur 15 tahun.
Bahagian kedua membincangkan asas pemikiran fiqh Imam Syafie. Pelbagai informasi unik diketengahkan, antaranya: Kita mengetahui asas dan kaedah Imam Syafie dalam mengeluarkan hukum. Kita juga meneliti dan memahami setiap satu istilah unik dan penting seperti zahir al-nas, istihsan, dan al-ihtiyat. Fiqh Imam Syafie membuka jalan perkenalan kita dengan tokoh agung ini.

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat
Penulis: Sabaruddin Hussein
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00
Buku ini mendedahkan: 
- Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973 
- Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepada Israel. 
- Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak. 
- Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-Negara Arab di sekitarnya. 
- Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam? 
- Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti

Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti
Penulis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah. Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.

Kujemput Jodohku

Kujemput Jodohku
Penulis: Fadhlan Al-Ikhwani
Terbitan: PTS
Harga: RM11.50
 
Cinta tidak berbalas? Situasi itu memang dapat membuatkan hati menderita, pedih, lagi memeritkan. Asyik diratapi dan disesali, namun di manakah penghujungnya? Sekarang, sudah sampai masanya untuk kita bangkit kembali. 
Kujemput Jodohku dapat membantu para pencinta mencipta mimpi indah supaya menjadi nyata. Membuang kenangan lalu ternyata bukan mudah, namun tidak juga mustahil! Jemputlah 'jodoh sebenar' yang menanti dengan hati yang lapang dan jiwa yang bahagia. Gali potensi diri dan hadiri majlis mereka yang meninggalkan dirimu itu dengan ucapan, “Barakallahu laka.... Semoga keberkatan daripada Allah melimpahi kalian berdua.”

Kuasa Kepimpinan 4E

Kuasa Kepimpinan 4E
Penulis: Jeffrey A. Krames
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia. 
Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat. 
Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin hebat.

The Power of Now

The Power of Now
Penulis: Eckhart Tolle
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

- Menikmati Saat 
Sekarang Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah saat sekarang. Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, nikmatilah saat ini.
- Memanfaatkan Hidup 
Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan, dan esok adalah perancangan. Konon-kononnya masih dihantui pengalaman silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.

Amru Al-As Pembuka Mesir

Amru Al-As Pembuka Mesir
Penulis: Al-Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

AMRU al-As adalah seorang lelaki Quraisy daripada keturunan Bani Sahm. Bapanya, al-As bin Wail seorang ahli perniagaan yang tersohor dan kaya-raya di kota Mekah. Beliau diasuh berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari usia kecil lagi. Perniagaan keluarganya sangat berjaya hingga membawanya berdagang jauh ke negeri Mesir. 
Dilahirkan dalam keluarga berstatus bangsawan Quraisy, Amru dikurniakan akal yang cerdas sehingga menjadikannya salah seorang daripada pemidato dan juga diplomat Quraisy yang hebat dan pintar. 
Nama Amru terus mengharum selepas peristiwa pembukaan kota Mekah atau dikenali juga sebagai 'Fathu Makkah'. Nabi Muhammad mengamanahkan kepadanya menghapuskan berhala besar yang disembah oleh penduduk Bani Huzail di Rahadh. Bermula dari hari itu, Amru terus menerima kepercayaan baginda. Dek kerana kebijaksanaan Amru, baginda menghantarnya sebagai wakil dakwah kepada raja Oman dua bersaudara iaitu Raja Abbad dan Raja Jaifar. 
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Amru terus mendapat kepercayaan daripada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Amru diarahkan menggempur golongan murtad daripada Bani Qudha’ah dan Bani Wadi’ah. Kejayaan demi kejayaan yang diraih menjadi bukti ketokohan Amru di medan perang. Beliau dihantar sebagai panglima salah sebuah daripada empat pasukan tentera bagi membebaskan wilayah utara semenanjung tanah Arab daripada cengkaman Empayar Byzantine yang zalim.

Warkah Cinta Berbau Syurga

Warkah Cinta Berbau Syurga
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: PTS
Harga: RM27.50
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar daripada kemelut ini?

Gadis Kecil di Pinggir Gaza

Gadis Kecil di Pinggir Gaza
Penulis: Vanny Chrisma
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Namanya Palestine dan umurnya baru 11 tahun. Pada usia semuda itu, dia sudah hidup sendiri. Ibu dan adik-beradiknya terkorban dalam pengeboman zionis. Ayahnya pula dikhabarkan sudah berada di tangan zionis. Palestine tetap meneruskan hidupnya dengan satu matlamat, mencari ayahnya yang sudah mendekam di penjara Maskobeyya. Inilah novel yang merakamkan derita penduduk Palestin melalui gadis kecil yang bernama Palestine. Berjayakah Palestine?

Sembuh & Sihat dengan Solat

 













Sembuh & Sihat dengan Solat
Penulis: Abu Anas Solahuddin As-Said
Terbitan: Jasmin
Harga: RM20.00

Untuk Merawat Penyakit-Penyakit Fizikal & Mental Serta Tip Kesihatan dalam Gerak-Geri Solat

Kisah Teladan Asiyah, Balqis & Zulaikha

 












Kisah Teladan Asiyah, Balqis & Zulaikha
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM11.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup tiga peribadi besar iaitu Asiyah, Balqis & Zulaikha di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Maryam & Aisyah R.A

 













Kisah Teladan Maryam & Aisyah R.A
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup dua peribadi besar iaitu Maryam dan Aisyah R.A di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Siti Sarah & Siti Hajar

 












Kisah Teladan Siti Sarah & Siti Hajar
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM10.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup dua peribadi besar iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar di dalam Al-Quran.

Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la

 














Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 2

 













At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 2
Terbitan: Jasmin
Harga: RM78.90

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 1
Terbitan: Jasmin
Harga: RM69.90

Demi Masa


















Demi Masa
Penulis: Musthafa Al-Siba'i
Terbitan: Jasmin
Harga: RM23.50

Wanita dan Penelanjangan Syaitan

Wanita dan Penelanjangan Syaitan
Penulis: 'Adnan At-Tarsyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita muslimah yang memakai hijab? Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit, sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut? 
Inilah topik risalah ini yang ingin saya ingatkan kepada setiap wanita muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian programnya padanya, bahawa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan kedatangan maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan. 
Sesungguhnya saya menyusun risalah ini dalam bentuk yang menarik sehingga boleh menarik minat para pembaca untuk meneliti dan mengikutinya, iatu dalam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan, yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala jenis tipu muslihat dan jejak langkahnya.

Bekalan Untuk Imam Solat

Bekalan Untuk Imam Solat
Penulis: Dr Sa’id Bin Ali Wahaf Al-Qahtani
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Buku ini merupakan huraian tentang keimanan dalam solat mengenai konsep keimanan, keutamaannya di dalam solat dan ilmu, hokum meminta kedudukan sebagai imam solat disertai niat yang baik, orang yang paling utama menjadi imam, ragam imam dan keimanan, posisi-posisi imam dan makmum, kepentingan saf-saf di dalam solat serta mengertibkan dan meluruskannya.

Rahsia kekhusyukan wanita dalam solat

Rahsia kekhusyukan wanita dalam solat
Penulis: Bakar Muhammad Ibrahim
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00 
 
Ketahui rahsia-rahsia kekhusyukan wanita dalam solat

Panduan Solat Masbuq: Solat Bagi Yang Tertinggal

Panduan Solat Masbuq: Solat Bagi Yang Tertinggal
Penulis: Dr Ahmad al-Suhaimi
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Harga: RM10.00
Buku ini menjelaskan berbagai hukum yang berkaitan dengan sifat solat Masbuq (orang yang tertinggal melaksanakan solat berjemaah).

Formula Pengurusan Cinta Bersyariat; Bolehkah Bercouple?

Formula Pengurusan Cinta Bersyariat; Bolehkah Bercouple?
Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM18.00

Dunia hari ini menyaksikan hubungan antara lelaki dengan wanita semakin menuju ke arah kebebasan. Dalam kebanyakan masyarakat, hubungan lelaki dengan wanita sudah sampai ke tahap yang amat tidak wajar dan jelas keharamannya dalam hokum Islam. Antaranya wujud hubungan intim, teman rapat, teman untuk berbual, teman seks, hubungan tanpa ikatan, seks bebas dan sebagainya. Semuanya ini merupakan jalan ke arah zina yang diharamkan. Mungkin inilah suatu petanda akhir zaman yang mana disebut dalam riwayat hadis bahawa zina kian berleluasa. 
Buku ‘Bolehkah Bercouple’ yang diterbitkan ini adalah sebagai anak kunci pembuka minda kepada umat Islam di luar sana sebagai muhasabah dan renungan demi memurnikan ikatan perhubungan sesama kaum adam dan hawa. Buku ini mesti dimiliki kerana memberikan jalan penyelesaian kepada isu couple, memberikan tip dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah, menyentuh realiti remaja Muslim kini secara santai dan mudah, dan menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi Islam.

Smile & Enjoy Your Life (Senyum & Nikmatilah Hidup Anda)

Smile & Enjoy Your Life (Senyum & Nikmatilah Hidup Anda)
Penulis: Mahmud Al-Mishri
Terbitan: Jasmin
Harga: RM68.90

Jangan bersedih, tersenyumlah dalam kehidupan. Apabila kesedihan, kegundahan dan kesempitan melanda, maka jangan anda berkata, "Ya Tuhan, aku memiliki kesulitan", akan tetapi katakanlah, "Wahai kesulitan, aku memiliki Tuhan Yang Maha Besar, Tuhan Yang Maha Mulia, yang akan menjawab dan mengabulkan doa orang yang dalam kesulitan.
Marilah kita lupakan semua kesedihan dan mula menikmati setiap saat dalam hidup anda bersama buku ini. Hadiah yang sangat bererti untuk ahli keluarga, suami isteri, ibu bapa, adik beradik dan sahabat anda.

Tajzibu Athraf Al-Hadith (Jilid 1 & 2)

Tajzibu Athraf Al-Hadith (Jilid 1 & 2)
Penulis: Al-Ustaz Al-Haji Abdul Halim Al-Hadi
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM45.00

Kitab "tajzibu Athraf Al-Hadith" ini adalah merupakan hasil karangan dan terjemahan oleh Ustaz Abdul Hadi Halim dari Kitab asalnya yang bertajuk "Mukhtar AI-Ahadith ". 
Kitab ini mengandungi hadith-hadith pilihan yang mana di dalam jilid pertama hadith-hadith ini disusun mengikut huruf-huruf yang bermula daripada huruf "alif" hingga "ghain". Kemudian pada jilid yang kedua pula dimulai dengan huruf ‘fa' hingga 'ya'. Setelah itu penyudah bagi kitab ini pula membincangkan hadith-hadith yang membicarakan tentang memperbaiki perangai atau kelakuan setiap muslim supaya menjadi hamba-hamba Allah yang benar-benar berakhlak mulia.

Melakar Syurgawi Idaman

Melakar Syurgawi Idaman
Penulis: Saat Sulaiman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna disebalik ungkapan tersebut? Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga, nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah. Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.