Kuasa Kepimpinan 4E
Penulis: Jeffrey A. Krames
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00
Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama
beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap
mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat
yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia.
Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan
kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack
Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan
mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan
pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan
visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun
selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya
menjadi syarikat yang hebat.
Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya
menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat
menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta
pemimpin hebat.