TAJUK: BIOGRAFI: MUHAMMAD BIN ABDULLAHPENULIS: ZULKIFLI MOHD. YUSOFF & NOOR NAEMAH ABD. RAHMANHARGA: RM35.00SINOPSIS: Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.”- Aliya Yeoh, pendidik -“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.”-Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.”-Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm -“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.”-Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.”-Lelucon, blogger -Kata PengantarBab 1 Sejarah Muhammad Bin AbdullahBab 2 Dakwah pada Zaman MekahBab 3 Hijrah ke HabsyahBab 4 Hijrah ke MadinahBab 5 Peperangan BadarBab 6 Peperangan KhandakBab 7 Peperangan Keturunan QuraizahBab 8 Perjanjian HudaibiahBab 9 Peperangan KhaibarBab 10 Perutusan Muhammad kepada PemerintahBab 11 Pembukaan Kota MekahBab 12 Peperangan HunainBab 13 Peperangan TabukBab 14 Muhammad Meninggal DuniaGlosariIndeks
TAJUK BUKU:IMAM SYAFIE - PEJUANG KEBENARANPENULIS: ABDUL LATIP TALIBHARGA: RM24.00SINOPSIS: Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak. Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.
TAJUK : ILMU PENGARUH: BUKAN JAMPI TETAPI SENIPENULIS: SYAHRUL NIZAM JUNAINIHARGA: RM21.90SINOPSIS: Selama ini kita beranggapan pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni, wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira di pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat dengan Power Point yang laris di pasaran. Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom. Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.Sekapur SirihBahagian I: PengenalanBab 1: Kuasa Daya PengaruhBab 2: Kisah Musang, Anjing Pemburu dan KeldaiBab 3: Mempengaruhi Anggota OrganisasiBab 4: Lima Alasan Untuk Menguasai Daya PengaruhBahagian II: Seni Memujuk dan MempengaruhBab 5: Bermain dengan EmosiBab 6: Memujuk dengan UmpanBab 7: Bertanya Sebagai Kaedah MemujukBab 8 : Memujuk bagi Menawan HatiBab 9 : Senjata MemujukBahagian III: Teknik dan Kuasa MempengaruhBab 10 : Perlunya Kuasa MempengaruhBab 11 : Sumber KuasaBab 12 : Matlamat PujukanBab 13 : Model Daya PengaruhBab 14 : Teknik MempengaruhBab 15 : Menggunakan KuasaBab 16 : Mengekspresikan PengaruhBab 17 : Perundingan BerpengaruhBab 18 : Tenaga Penarik dan PenolakBab 19 : Perhebat Kuasa PersonalitiBab 20 : Ciri Pemimpin BerpengaruhBab 21 : Cinta Pandang PertamaBahagian IV: Aplikasi Teknik Mempengaruh di Tempat KerjaBab 22 : Menjadi Pemimpin BerpengaruhBab 23 : Mempengaruhi PasukanBab 24 : Mempengaruhi KakitanganBab 25 : Mempengaruhi Rakan SejawatBab 26 : Memimpin Walau Bukan KetuaBab 27 : Mempengaruhi KetuaBab 28 : Seni Membina PenyokongBab 29 : Pengaruh Bahasa BerkuasaBab 30 : Bina Kepercayaan, Kukuhkan KredibilitiBab 31 : Teknik Jualan BerpengaruhBab 32 : Menjadi Wira PerubahanBab 33 : Memanfaat PeluangBab 34 : Persiapan Membina HubunganBab 35 : Gunakan Sokongan dari LuarBab 36 : Seni Menangani KonflikBahagian V: PenutupBab 37 : Tokoh Paling Berpengaruh Abad Ke 21Bab 38 : Etika Sebagai Individu BerpengaruhBab 39 : Berkongsi KuasaBab 40 : Pengaruh Berkekalan.Rujukan
TAJUK: ATAS NAMA CINTAPENULIS: WAHYU SUJANIHARGA: RM17.00SINOPSIS: Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.