Tuesday, March 5, 2013

Novel Sejarah Islam Karya Abdul Latip Talib di Pustaka Iman













1) Abu Ubaidah Penakluk Parsi - Abdul Latip Talib, RM27.90
2) Tariq, Menang ataupun Syahid - Abdul Latip Talib, RM23.90
3) Umar al-Khattab Reformis Dunia Islam - Abdul Latip Talib, RM26.90
4) Khalid Memburu Syahid - Abdul Latip Talib, RM32.90
5) Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel - Abdul Latip Talib, RM24.00
6) Uthman Affan Pengumpul Al-Quran - Abdul Latip Talib, RM24.00
7) Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam - Abdul Latip Talib, RM26.00
8) Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah al-Rasyidin - Abdul Latip Talib, RM27.00
9) Abu Bakar Sahabat Sejati - Abdul Latip Talib, RM26.90
10) Bilal Bin Rabah Pengumandang Seruan Langit - Abdul Latip Talib, RM26.90
11) Salahuddin Penakluk Jerusalem - Abdul Latip Talib, RM26.90
12) Hulagu Khan, Khabar Hitam Dari Timur - Abdul Latip Talib, RM24.00
13) Imam Syafie, Pejuang Kebenaran - Abdul Latip Talib, RM24.00

Khalifah-Khalifah Yang Benar


Khalifah-Khalifah Yang Benar
Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Hijrah

Hijrah
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM35.00

Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat bagi menuju ke tempat lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut perintah Allah dan RasulNya. Sebelum itu Sayidina Jaafar bin Abi Talib bersama rombongannya berhijrah ke Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman musyrikin Quraisy. Mereka berhijrah bagi menyelamatkan akidah daripada ancaman musuh.

Peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Walaupun Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan hijrah boleh berlaku sepenuhnya melalui mukjizat nabi, namun Allah tidak menghendakinya sedemikian. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat perlindungan Allah, tetapi beliau juga terpaksa menempuh perjalanan yang serba pahit. Walaupun Rasulullah yakin Allah akan melindunginya namun, beliau perlu berikhtiar merencanakan perjalanannya supaya selamat sampai. Beliau juga bersembunyi di Gua Thsur selepas berpesan kepada anaknya supaya menghantar makanan dan susu.

Sebab-sebab berlakunya hijrah. 1 - Ancaman, tekanan dan penyeksaan yang kuat daripada kaum Quraisy Mekah kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya. 2 - Pemulauan yang dilakukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib hingga mereka menderita akibat kekurangan makanan. 3 - Kaum Quraisy juga mengancam nyawa Rasulullah. Beberapa percubaan dilakukan bagi membunuh nabi tetapi tidak berjaya. 4 - Penduduk Madinah yang sering berperang sesama mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh mendamaikan serta menyatukan mereka. Lalu mereka menjemput Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.

Imam-Imam Yang Benar: Kisah 4 Imam Mazhab


Imam-Imam Yang Benar: Kisah 4 Imam Mazhab
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Perang Khandaq


Perang Khandaq
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM26.00

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang.

Dalam perang ini, sekiranya tentera ahzab dapat melepasi parit yang digali itu, tentera ahzab akan meluru dan menghapuskan seluruh Madinah. Tentera Islam terpaksa memperkukuhkan pertahanan dan tentera musuh terus mengepung sambil mencari jalan, perang pun semakin panjang. Pada hari ke-16 perang, tentera ahzab sudah nekad. Cara melepasi parit sudah dirancang. Satu serangan akhir, satu serangan besar akan dilancarkan. Serangan yang akan menentukan siapa yang menang perang. Sementara itu tentera Islam pula sudah berniat syahid. Lalu bagaimana akhirnya perang?

Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar


Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.

Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi


Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Perang-Perang Yang Benar

Perang-Perang Yang Benar
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.Inilah novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.
Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar.

Saad Abu Waqas


Saad Abu Waqas
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Kisah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau adalah panglima yang gagah berani, yang didoakan oleh Nabi Muhammad SAW makbul doanya dan tepat panahannya. Beliau adalah Saad Abu Waqas.

Perjanjian Hudaibiyah


Perjanjian Hudaibiyah
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

Dol Said - Pahlawan Naning

Dol Said - Pahlawan Naning
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka, berasal dari suku Semelenggang. Beliau adalah penghulu Naning yang kesembilan. Dol Said mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Beliau seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning meng-gantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 semasa berumur 26 tahun. Penentangan Dol Said berpunca apabila pihak British meminta Naning memberi satu per sepuluh daripada hasil pertaniannya. Dol Said enggan tunduk kerana menganggap Naning negeri yang merdeka.

Dapatkan Potongan 5% untuk belian melalui Katalog

Bismillahirrohmanirrohim,

Alhamdulillah....
Hari kedua perniagaan Muslim Book Store menampakkan kemajuan. Ramai yang dah mula tahu dan datang melawat, walaupun jualan tidak seberapa....tapi bagi aku, buat masa ini, cukup untuk memaklumkan pada penduduk sekeliling yang ujudnya sebuah kedai buku di BTP ni....

Berniaga online dengan berniaga secara fizikal ini, memang jauh bezanya....online agak santai dan kepala tak serabut sangat, tapi meniaga bukak kedai ni, kepala dah macam gasing.....Nak fikir bayar sewa kedai, api air. Sewa kedai...aduyai...melambak kena bayar....Kalau dulu masa berniaga online, benda ni tak perlu aku fikir...nak kena pastikan buku dalam keadaan tersusun, lantai nak kena sentiasa mop....Rak buku kena bersih...dan macam macam lagi....Penat, tapi berbaloi...Insyaalah.

Buku Doa Kesukaan Nabi Muhammad

Okeh hari ni aku nak cerita salah satu dari rangka promosi yang aku rancang...antaranya, Pembelian Buku melalui Katalog.

Alhamdulillah, setaka ni dah ada beberapa orang yang dah mula membuat tempahan melalui Katalog. Apa yang menariknya membuat tempahan melalui katalog ni? ok..macam ni, setiap pelanggan yang membeli buku melalui katalog akan di berikan potongan harga sebanyak 5% dari jumla pembelian. Pelanggan hanya perlu membayar harga buku bila buku yang di pesan berada di kedai.

Untuk malam ni, satu ja dulu aku kongsi...Tungguuuu...............