Tuesday, March 16, 2010

10 Profil Sarjana Islam Paling

TAJUK : 10 Profil Sarjana Islam Paling
PENULIS : Mohd Rumaizuddin Ghazali
HARGA : RM20.00
SINOPSIS : Menyingkap Sejarah Perjuangan dan Kegemilangan Tokoh Abad ke-20 & 21 "Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim." -Direkodkan oleh Imam Baihaqi- Mustafa Al-Syiba'iy Dr. Yusuf Musa Mahmud Shaltut Muhammad 'Imarah Muhammad al-Ghazali Abu Hassan Ali al-Nadawi Ismail Sodiq al-Adawi Muhamad al-Mutawalli al-Sya'rawi Dr. Wahbah Al-Zuhayli Dr. Yusuf al-Qaradawi Mereka adalah penerus usaha dakwah nabi sepanjang zaman. Mereka belajar dan mengajar dengan tanpa mendapat sebarang kepentingan peribadi. Mereka membawa mesej yang sama sejak dari zaman nabi hingga ke akhir hayat mereka. Kehadiran mereka tanda kasih sayang Tuhan kepada manusia. Buku ini menghimpunkan 10 tokoh sarjana Islam paling berpengaruh pada abad ke-20 dan 21 sebagai rujukan untuk generasi seterusnya.

Jejak Bisnes Rasul

TAJUK : Jejak Bisnes Rasul

PENULIS :

HARGA : RM 29.00

SINOPSIS :
Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.
Isi Kandungan
Prakata
Resume Muhammad bin Abdullah
BAHAGIAN 1 Segalanya Bermula Di Sini
Jejak 1. Pembinaan Diri Nabi Sebagai Usahawan
Jejak 2. Bagaimana Nabi Membangun Prospek
BAHAGIAN 2 Pengurusan Cara Nabi
Jejak 3. Pengurusan Strategik Rasulullah
Jejak 4. Bagaimana Nabi Mengurus Mesyuarat
Jejak 5. Mengurus Masa Optimum
Jejak 6. Strategi Perjanjian Hudaibiyah
Jejak 7. Pengurusan Hutang Menurut Islam
Jejak 8. Nabi Mengurus Risiko
Jejak 9. Strategi Penjimatan Semasa Krisis
Jejak 10. Nabi Mengurus Tekanan Perasaan (Stress) dan Kesihatan
BAHAGIAN 3. Perhubungan Awam (PR) Gaya Rasulullah
Jejak 11. Nabi Mencipta Pengaruh
Jejak 12. Komunikasi Mesra Nabi
Jejak 13. Nabi Mengurus Perhubungan Awam (PR)
BAHAGIAN 4. Pemasaran Muhammad
Jejak 14. Konsep Pemasaran
Jejak 15. Segmentasi Pasaran
Jejak 16. Berlainan Menurut Islam
Jejak 17. Promosi Ala Rasulullah
Jejak 18. Nabi Memilih Strategi Menyerang (Offensive Strategy)
Jejak 19. Nabi Membina Pertahanan (Defensive Strategy)
Jejak 20. Pemasaran Internet
Jejak 21. Jualan Kombat (Combating Sale)
Jejak 22. Strategi Perang Khalid Al-Walid
Jejak 23. Pasaran Global
BAHAGIAN 5. Persaingan Zaman Nabi
Jejak 24. Kompetensi Zaman Nabi
Jejak 25. Nabi Memilih antara Dua Umar
Jejak 26. Khidmat Pelanggan
Jejak 27. Nabi Memimpin Inovasi
BAHAGIAN 6. Penjenamaan Menurut Sunah
Jejak 28. Muhammad dalam Melakukan Positioning Jenama
Jejak 29. Nabi Melakukan Positioning Pemimpin
Jejak 30. Penjenamaan Global
BAHAGIAN 7. Nabi dan Sumber Manusia
Jejak 31. Nabi Mengurus sumber Manusia
Jejak 32. Strategi Penetapan Gaji
Jejak 33. Mencipta Identiti dan Budaya Kerja
Jejak 34. Memahami Kepelbagaian Budaya
BAHAGIAN 8. Rakan Strategik Pilihan Nabi
Jejak 35. Outsourcing cara Rasulullah
Jejak 36. Strategi Memilih Rakan Niaga
BAHAGIAN 9. Tanggungjawab Sosial (Corporate Social Responsibility-CSR)
Jejak 37. Harta yang Wajib dibelanjakan
Jejak 38. Kuasa Seribu Dinar
Jejak 39. Halal dan Haram dalam Bisnes
Jejak 40. Al-Quran Memerangi Riba Kit Pengenalan Konsep Bisnes dalam Islam Rujukan

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

TAJUK : Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
PENULIS : Zamri Mohamad, Imran Yusof
HARGA : Rm19.50
SINOPSIS : Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.
Berkongsi Cerita Bersama Kami Pembuka Bicara Hati Bahagian 1: Syurga Dunia Alam Perkahwinan1. Apabila Si Isteri Menjadi Pujaan Hati 2. Apabila Diseru, Berkahwinlah 3. Berkahwin itu Proses Pilih Memilih 4. Checklist Lelaki Memilih Pasangan Bahagian 2: Tingkah Lelaki Moden Mencari Cinta5. Petanda Kekurangan dalam Membina Perhubungan 6. Tarikan Rasa Membuat Aku dan Dia Menjadi Satu 7. Cinta Pheromone 8. Tempat-tempat Popular yang Menentukan Pertemuan 9. Jarum Saat Berputar, Jarum Minit Bergerak 10. Kuasa Pilihan Kita Berbeza 11. Si Dia Kacak, Kaya dan Kelakar 12. Langkah Pertama Langkah Gergasi 13. Lelaki dan Cerita Gahnya 14. Lelaki dan Rahsia Angka 15. Tidak Perlu Susah-susah, Biar Saya Selesaikan 16. Normal Bagi Si Dia Andaikan Sesuatu Mengenai Bakal Isteri 17. Penderaan Cinta oleh Insan Bernama Lelaki 18. Si Manis yang Beragama, Buatku Selesa 19. Sudah Jodoh Tidak ke Mana 20. Lelaki dan Kad Bisnes 21. Ubat Hati Cari Cinta Baru 22. Berkat Reda Ibu Bapa 23. Mulakan Pertemuan yang Memikat Hati Orang Tua 24. Kisah Dongeng dalam Perkahwinan 25. Cinta Sebelum dan Selepas Berkahwin 26. Duka dan Bahagia Sahabat Pasangan Bersama 27. Lafaz Janji Komited Buat Si Isteri Bahagian 3: Sandaran Bahagia28. Apabila Bahagia Ada Sandarannya Bahagian 4: Layanan Istimewa Buat Bernama Suami29. Siapakah Si Dia yang Bernama Suami 30. Mengurut Ego Suami 31. Dalam Diam Tingkah Lakumu Mengukuhkan Hatiku
32. Diriku Memuliakan, Mentaati dan Menghormati 33. Layanan Istimewa Buat Bernama Suami 34. Mengisi dan Menunaikan Kemahuan Intim Suami 35. Sayang, Abang Sudah Pulang! 36. Kekasih Hati Cepat, Dekat dan Tepat 37. Tip-tip Kebahagiaan Hafidzah Mustakim 38. Kita Memuji Kita Memikat 39. Kuasa Memuji Kuasa Pemikat Hati 40. Lain Lelaki Lain Cara Dengarnya 41. Sama Tetap Manis, Ditambah Menjadi Pahit 42. Kisah Seorang Suami dengan Empat Isteri 43. Takut Suami Berkahwin Lagi 44. Satu Tempat Satu Cerita 45. Si Dia Sukar Berenggang dengan Kawan Baiknya 46. Suami dan Rahsia Warna Baju Bahagian 5: Indah di Mata Dekat di Hati47. Masa Bernilai bagi Si Suami 48. Apabila Suami Respons Ala Kadar Sahaja 49. Saling Cerita Saling Berahsia 50. Si Abang dan Sayang Saling Kongsi Cerita 51. Pandai Bila Hendak Telefon, Tahu Bila Hendak SMS 52. Intonasi yang Memikat 53. Cemburu, Jangan Biar ia Memakan Diri 54. Maaf dan Pikat Hatinya Semula 55. Perhatian yang Menguntungkan 56. Lapan Tip Mengawal Tabiat Buruk 57. Sepuluh Tip Bebas Label Pasangan Mengongkong Bahagian 6: Punca Si Dia Berjauh Hati58. Mengapa Si Dia Berjauh Diri Bahagian 7: Rumah Itu Syurga Kita59. Rumah Itu Syurga Kita 60. Tip Menyediakan Makanan dan Minuman untuk Famili 61. Jom! Pantau Keselamatan Persekitaran Rumah 62. Tip Menjaga Barangan Suami Semasa Ketiadaan Suami Bahagian 8: Corak Warna Iman pada Kain Putih63. Jom Didik Anak-Anak! Bahagian 9: Kita Saudara Dua Dunia64. Keyakinan Itu Magnet 65. Menjadi Duta Ibu Bapa dan Keluarga Sendiri 66. Penilaian Ibu Mertua Sampai ke Pengetahuan Si Dia 67. Jenama Diri, Jenama Menantu dan Isteri Tersayang Bahagian 10: Kisah Terindah Buat Hati68. Kekasih Abadi Ingatan Tetap Abadi 69. Petua Kasih Petua Bahagia 70. Di Sebalik Tabir Hidup Ali dan Fatimah 71. Isteri Saya Selalu Berleter, Bantulah Wahai Pemimpin Negara 72. Hendak Membina Cinta, Belajarlah Daripada Orang Lama 73. Lelaki yang Lembut Hatinya Dek Semangat Perempuan 74. Suha, Pendorong Pemimpin Besar Palestin75. Aku Terima Isteriku Buta, Pekak dan Bisu76. Tinggalkan Diriku Demi Cinta itu Bahagian 11: Wahai Tuhan Dengarkanlah77. Kutadahkan Doa Menyeru KasihMu 78. Membina Rumah Tangga yang Damai 79. Lembutkan Hati yang Tersayang 80. Doa Menghadapi Kerenah Manusia 81. Memudahkan Urusan Hidup 82. Doa Supaya Disayangi Pasangan 83. Doa Meredakan Kemarahan 84. Doa Mengharmonikan Hubungan Suami Isteri 85. Amalan Menjaga Kesihatan Diri Demi Kebahagiaan Suami Isteri 86. Amalan Doa bagi Menambah Kasih Sayang 87. Doa Memohon Keampunan dan Rahmat untuk Diri Sendiri dan Ibu Bapa 88. Amalkan Adab Doa Secara Sukses Penutup

YAKJUJ & MAKJUJ : Bencana Dari Sebalik Gunung

TAJUK : YAKJUJ & MAKJUJ : Bencana Dari Sebalik Gunung
PENULIS : Muhammad Alexander, Wisnu Sasongko

HARGA : RM31.50

SINOPSIS : Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.
Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.
Daftar Isi
Kata Pengantar
Bab 1: Inskripsi Yahudi: Sebuah Pengantar Kenapa kita perlu menelusuri Yakjuj & Makjuj dalam Inskripsi Yahudi? Inskripsi Yahudi dan Latar Belakang Pembentukannya Septuagint: Perjanjian Lama Inskripsi karya Flavius Josephus Naskah Laut Mati ’The Dead Sea Scrools’ Talmud Carta Timeline Talmud Timeline Inskripsi Yudaisme Analisis eksplorasi Sinkronik – Diakronik tentang Yakjuj dan Makjuj Usaha mengaburkan identiti bangsa Gog Magog Usaha mencemarkan nama baik Nabi Ishaq Hubungan kait Kristian Ekstrem dan Zionis yang meletakkan posisi Gog Magog sebagai gabungan negara Islam
Bab 2: Suara-suara dari Padang Gurun tentang Zulqarnain danYakjuj & Makjuj
Latar belakang Pertanyaan pendeta Yahudi tentang Zulqarnain kepada Nabi Muhammad. Senandung Padang Gurun tentang Muhammad Daud menyebutnya sebagai ”Adonai” Percakapan Yahya dengan pendeta Yahudi tentang ”Nabi yang Akan Datang” Isa menyebutnya ”Terang yang Besar” Daniel menyebut Muhammad sebagai ”batu yang meremukkan patung” Muhammad, Benang Merah senandung para nabi Orang-orang Yahudi rela tinggal di padang Paran Nabi Jeremiah (Aramia) menyebutnya ”Ehmed” Talmud Babilon menyebutnya ‘Emeth’ Yakjuj & Makjuj dalam sumber Islam Yakjuj & Makjuj di dalam al-Quran dan Tafsir Seputar Asbabun Nuzul (Sebab-sebab Turun Ayat) Epistemologi bijak yang dikongkong oleh kesombongan Adakah “bangsa yang buta huruf” mampu membaca kisah Alexander? Sifat Zulqarnain Orientalis & Evangelis, Perompak teriak Pencuri Kisah Zulqarnain adalah Plagiat? Siapakah Callisthenes ? “Kambing Jantan Bertanduk Dua” dalam Kitab Daniel Sifat Yakjuj & Makjuj di dalam Tafsir Qur’an Sifat Yakjuj & Makjuj Profil Yakjuj dan Makjuj dalam sumber-sumber Hadis Islam
Bab 3: Genealogi Yakjuj Makjuj dalam Inskripsi Yahudi
Di dalam Bible, Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog Garis Keturunan Yakjuj Makjuj dalam Yahudi Magog dalam Talmud Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, “Antiquities of the Jews” Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’’Jews Wars’ Al Qur’an bebas daripada unsur Plagiat Josephus Menggunakan Bahasa Yunani Bahasa Yunani baru dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada abad 9 M Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’The Apions’ Scythia Yakjuj Makjuj di dalam Perjanjian Baru Magog di dalam Inskripsi Gulungan Laut Mati Lokasi Gog Magog Scythia Nama Gog Magog Bukti Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran bukan plagiat daripada kitab sebelumnya
Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia adalah Gog Magog
Tafsir al-Quran Yusuf Ali: Scythia adalah Yakjuj Makjuj Kesalahan Evangelis dan Zionis: ’Scythia’ daripada nama ’Isaac’ ‘Gog’ dalam inkripsi Cylinder Ashurbanipal Assyria Suku Scythia adalah suku pertama yang berhasil menjinakkan kuda ‘Scythia’ bererti Kuda? Menjejak serapan kata GOG atau JUJ dalam bahasa Inggeris dan Jerman Kebiadaban bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Lokasi Kediaman Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Bukti Akeologi Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia mendiami di Utara (Eurasia) Timeline Gerombolan Barbar Scythia Raja-raja Scythia Lokasi Kediaman Scythia menurut Peta Kuno Yunani Saudara sebangsa Scythia adalah suku Xiongnu, Hun, Mongol, Tartar Lagu ‘Scythian Tribe’ Republik Sacha: Munculnya negeri Scythia Moden?
Bab 5: Sejarah Timur Tengah dan Yahdudi serta peranan bangsa Barbar Scythia
Menelusuri jejak bangsa Yakjuj dan Makjuj Scythia dalam Sejarah Timur Tengah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta hubung kait dengan Yakjuj & Makjuj Scythia Peta Kekuasaan – Kekuasaan di Fertile Crescent – Timur Tengah tahun 700-550 SM Sinkronik-Diakronik Peradaban Timur Tengah tahun 700-550 SM Tempoh Serangan Yakjuj Makjuj Scythia
Bab 6: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Kerajaan Hitti di Urartu 743 SM
Ekspedisi Assyria Memerangi Yakjuj Makjuj Scythia Suku Barbar Scythia dan Cimmeria bersaing menakluk Urartu Yakjuj & Makjuj Menerobos Pegunungan Kaukasus ‘Rab Kisir Gimirai’ pasukan khusus Yakjuj Makjuj Cimmeria Jalur sempit keluarnya Yakjuj & Makjuj Scyhtia & Cimmeria Darial Gorge (Ngarai Darial) dan Caspian Gates Yakjuj Makjuj Cimmeria menjadi perajurit upahan Kerajaan Assyria Kerajaan Scythia di Urartu tahun 700 SM
Bab 7: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Samaria, Ibu kota Kerajaan Israel Utara tahun 721 SM
Zaman Keemasan Israel Kerajaan Israel berpecah-belah Israel melanggar janjinya sendiri, Mulai menyembah berhala patung-patung. Pembuangan Suku Israel Serangan Yakjuj Makjuj Cimmeria ke Samaria tahun 722 SM sebagai Hukuman Allah Penaklukan Raja Sargon II dalam Inskripsi Assyria Para nabi yang mengingatkan kerosakan akidah kerajaan Israel
Bab 8: Serangan Yakjuj dan Makjuj ke Niniwe Assyria tahun 612 SM
Niniwe, Ibukota Kerajaan Assyria Faktor-faktor Pendorong pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria Faktor-faktor Penarik pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria. Raja-raja Assyria dan Tempoh Kepemimpinannya Sejarah Empayar Assyria Kronologi berbaliknya Yakjuj Makjuj Scythia daripada pendukung setia Assyria, tiba-tiba berubah menjadi pemberontak Assyria. Cyaxares menjamu pasukan Scythia hingga mabuk, kemudian membunuhnya Ultimatum Raja Cyaxares I dari Media terhadap bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Pasukan berkuda Media dan Scythia bergerak ke Niniwe Mesir datang menolong Assyria Kejahatan dan Kekejaman bangsa Assyria Para Penafsir Bible menutupi peranan bangsa barbar Scythia dalam penghancuran Niniwe Raja Assyria berputus asa dengan membakar diri dan Istananya Niniwe pun dijarah dan dibakar oleh Scythia Yakjuj Makjuj Nabi-nabi Israel yang mengingatkan kehancuran Niniwe Harta karun Emas suku Scyhtia dari Rampasan di Niniwe Kesimpulan
Bab 9: Serangan Yakjuj & Makjuj ke kota Jerusalem, Ibu kota Kerajaan Yehuda tahun 587 SM
Yakjuj Makjuj Scythia menyerang Jerusalem Catatan Herodotus ketika memasuki negeri Yakjuj Makjuj Scythia Nabi Jeremia pernah tampil di Jerusalem mengingatkan datangnya Gog Magog Gabungan Scythia dan Babilon inilah ‘Periuk Mendidih dari Utara’ Dan Jerusalem pun merana Ezra / Uzair memasuki Runtuhan Jerusalem Scythia, setelah kehancuran Yerusalem Gerombolan Scythia menghancurkan Babilon
Bab 10: Nabi Yehezkiel memberi khabarkan datangnya Gog Magog
Kesalahan Kronologi Kenabian Israel menjadikan kisah Gog Magog dalam Bibel sulit dipahami Kelalaian Editor/Penyalin Kitab Yehezkiel Kronologi Kisah dalam kitab Yehezkiel Magog dalam Yeheziel adalah bangsa Barbar Scythia Keaslian Teks Yehezkiel 38 dan 39
Bab 11: Nabi Yunus mengingatkan Kota Niniwe tentang Ancaman Yakjuj dan Makjuj
Nabi Yunus memberitakan tentang Gog Magog Gerombolan Barbar Scythia keluar dari balik pegunungan Kaukasus Raja Assyria dan penduduk Niniwe patuh pada Yunus Kisah Dakwah Nabi Yunus dan Isa Usaha penyisipan teks
Bab 12: Nahum mendapat penglihatan tentang dekatnya Kehancuran Niniwe
Kehancuran Niniwe sebagai bentuk Murka Tuhan
Bab 13: Amos dan Joel mengibaratkan keluarnya Gog Magog laksana Serangan Belalang
Siapakah Amos? Bible juga mengumpamakan serangan Yakjuj & Makjuj sebagaimana serangan Belalang. Bible menyebut Gog adalah Raja Belalang. Sifat serangan Belalang dalam Bible Nabi Muhammad mengibaratkan serangan Yakjuj Makjuj seperti serangan belalang Serangan Belalang di Timur Tengah Bencana Belalang
Bab 14: Pergelutan Nabi Jeremia Mengingatkan Kebebalan Kaum Israel tentang Bahaya Gog Magog
Siapakah Jeremia? Malapetaka dari Utara adalah Yakjuj & Makjuj Alasan Nebukadnezar membawa pasukan Yakjuj Makjuj Scythia Jeremia diutus bagi mengingatkan tentang bahaya munculnya Yakjuj Makjuj ke atas Jerusalem Bukti Pendapat Jeremia memberitakan tentang keluarnya gerombolan Yakjuj Makjuj Scythia. Gelar pasukan Gog Magog yang dipakai Jeremia Dalam Jeremia, Gog Magog disebut sebagai gandar besi Bani Israel Judea Jerusalem berlindung pada Mesir Juj = Gog = Yoke = Joch Nabi Jeremia dipenjara oleh Bani Israel Yehuda. Jerusalem hancur secara total Scythia, setelah kehancuran Jerusalem Scythia Yakjuj Makjuj menghancurkan Babilonia
Bab 15: Keluarnya Yakjuj & Makjuj Pada Akhir Zaman dalam Inskripsi Yahudi
Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman di dalan sumber-sumber Islam Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman petanda Kiamat sudah dekat Mungkinkah Sejarah Terulang? Ramalan keluarnya Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) dalam Inskripsi Yahudi Ramalan Merajalelanya Gog Magog di dalam Perjanjian Lama Ramalan keluarnya Magog dalam Talmud Babilon Perjanjian Baru: Gog Magog sebagai pasukan Iblis yang terlepas.
Bab 16: Jawapan atas Distorsi Evangelis Barat tentang Gog Magog
Pendapat Evangelist dan Zionist tentang Gog Magog Jawapan atas Distorsi
Kesimpulan
Bibliografi
Indeks
Hingga detik-detik saat ketika pembaca membaca buku ini, persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menyebut Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Dengan tercatatnya nama Yakjuj dan Makjuj di dalam ketiga-tiga kitab Samawi ini, kehadiran Yakjuj dan Makjuj dalam panggung sejarah dilihat begitu menakutkan dunia.
Banyak buku yang ditulis membahaskan tentang bangsa kejam ini. Isu-isu yang sering persoalan misteri adalah, apakah spesis Yakjuj dan Makjuj itu? Haiwan ataupun manusia? Di mana kediaman mereka? Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui? Negeri-negeri manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj? Benarkah mereka akan keluar lagi bagi merosakkan dunia?
Kenapa kita perlu mengkaji Yakjuj dan Makjuj melalui Inskripsi Yahudi?
Sejarah Islam merekodkan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan orang Yahudi Madinah tentang Zulkarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulkarnain.
Allah pun menjawab pertanyaan Yahudi tentang Zulkarnain sekaligus menceritakan cabaran Zulkarnain mengatasi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini boleh dirujuk di dalam al-Quran surat al-Kahfi ayat 83-98:
83. Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulkarnain. Katakanlah, ‘Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.’
84. Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
85. Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.
86. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum. Kami berfirman, ‘Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.’
87. Ia berkata, ‘Adapun orang yang melakukan kezaliman, kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
88. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan baik; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah.’
89. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
90. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan darinya.
91. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.
92. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
94. Mereka berkata, ‘Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
95. Ia menjawab, ‘Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.’
96. ‘Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, ‘Tiuplah dengan alat-alatmu,’ sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia, ‘Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.’
97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98. Berkatalah ia, ‘Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.
Merujuk kepada gaya pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi itu, dapat diduga pengetahuan mereka tentang Zulkarnain cukup mendalam. Oleh subab itu, jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diteroka di dalam kitab-kitab Yahudi, adakah di dalamnya dicatatkan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulkarnain.
Setelah dikaji secara mendalam, ada beberapa perbezaan antara huraian al-Quran dengan Bible tentang Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menyatukan kisah Yakjuj dan Makjuj dengan episod pengembaraan Zulkarnain. Sementara sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog dan Magog sahaja tanpa mengaitkannya dengan kisah pengembaraan Zulkarnain. Kedua, di dalam Bible tidak mengisahkan secara jelas tentang sifat dan peribadi Zulkarnain. Padahal turunnya al-Quran surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad, menjelaskan tentang sifat perlakuan Zulkarnain. Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang Yahudi. Logiknya adalah semestinya para pendeta atau Rabi Yahudi cukup kenal tentang sifat peribadi Zulkarnain yang kisahnya terkubur sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Tentu informasi ini bukan sekadar dari mulut ke mulut, bahkan direkodkan secara teks di dalam kitab-kitab Yahudi. Kitab atau inskripsi Yahudi yang dimaksudkan adalah sumber-sumber bertulis kitab-kitab Bani Israel, sebagaimana disebutkan di atas. Di dalam Bible, sama ada di dalam Perjanjian Lama (Old Testament) ataupun Baru (New Testament), tidak dijumpai sedikitpun tentang sifat Zulkarnain. Yang ada di dalam Bible hanya kisah Gog dan Magog.
Peristiwa ini menjadi tanda tanya besar yang memerlukan jawapan. Pada satu sudut, Rabi Yahudi pada zaman Nabi Muhammad adalah orang Yahudi, melalui lidah orang kafir Quraisy, mereka menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulkarnain, penjelajah dunia yang jarak masanya dengan Nabi Muhammad melangkau ribuan tahun. Namun, pada sisi yang lain, sifat Zulkarnain ini tidak disebut-sebut secara jelas dalam Old Testament dan New Testament. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah hanya kerana Zulkarnain bukan daripada keturunan Israel, maka ianya tidak terus direkodkan dan diabadikan dalam inskripsi-inskripsi Yahudi? Suatu hal pelik yang memerlukan jawapan yang tidak mudah.
Terdapat beberapa tujuan dalam eksplorasi inskripsi Yahudi tentang Yakjuj Makjuj, iaitu:
Mengetahui dan memahami teks-teks Yahudi tentang Yakjuj Makjuj
Mengetahui kronologi sejarah bangsa Yakjuj dan Makjuj (Siapakah mereka? di mana lokasi kediamannya? bilakah mereka keluar menyerang)
Mengetahui hubung-kait sejarah antara bangsa Yahudi dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj;
Menjawab tuduhan Orientalis dan Evangelis yang menuduh bahwa kisah Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran adalah Perjanjian Lamaagiat dari kitab-kitab Yahudi dan kitab sejarah;
Menjawab tuduhan Orientalis, Evangelis (misionaris) dan Zionis yang menuduh bahwa “Gog dan Magog” atau Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa dari negara-negara Islam.

SENANGNYA MEMASAK - TAUHU DAN TELUR

TAJUK : SENANGNYA MEMASAK - TAUHU DAN TELUR
PENULIS :
HARGA : RM5.50
SINOPSIS : Buku resepi senangnya memasak..tauhu dan telur menghidangkan 23 resipi tauhu dan tauhu yang menjadi pilihan seisi keluarga. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktkal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.

MEMASAK SEHEBAT CHEF - SUP

TAJUK : MEMASAK SEHEBAT CHEF - SUP

PENULIS :

HARGA : RM5.50

SINOPSIS : Memasak Sehebat Chef - Sup menampilkan 23 resipi sup pilihan dua orang chef berpengalaman. Buku ini mengandungi enam bonus tambahan seperti bahan-bahan yang mudah didapati gambar langkah demi langkah hidangan untuk berapa orang masa penyediaan kurang 30 minit masa memasak yang praktikal tip berguna berkaitan resipi.
1) Sup Sotong
2) Sup Belut
3) Sup Tauhu
4) Sup Kambing
5) Sup Ayam Kampung
6) Sup Ayam Endon
7) Sup Daging Cincang
8) Sup Telur
9) Sup Ikan
10) Sup Ikan Haruan
11) Sup Kaki Lembu
12) Sup Arnab Bidor
13) Sup Kailan dengan Udang
14) Sup Sayur Jannah
15) Sup Ketam Amirr
16) Sup Kentang Udini
17) Sup Kaki Ayam
18) Sup Kepala Ikan Pelotan
19) Sup Telur Puyuh
20) Sup Ekor
21) Sup Perut
22) Sup Cendawan dan Isi Ayam
23) Sup Bebola Ikan

MEMASAK SEHEBAT CHEF - BUBUR

TAJUK : MEMASAK SEHEBAT CHEF - BUBUR

PENULIS :

HARGA : RM5.50

SINOPSIS : Memasak Sehebat Chef - Bubur menampilkan 23 resipi bubur pilihan dua orang chef berpengalaman. Buku ini mengandungi enam bonus tambahan seperti bahan-bahan yang mudah didapati gambar langkah demi langkah hidangan untuk berapa orang masa penyediaan kurang 30 minit masa memasak yang praktikal tip berguna berkaitan resipi.
1) Bubur Jagung
2) Bubur Kacang Merah
3) Bubur Ubi Delima
4) Bubur Sagu Telur Ikan
5) Bubur Kacang Hijau
6) Bubur Wadai Kepeng
7) Bubur Nasi Bersayur
8) Bubur Sagu Bermadu
9) Bubur Wadai Kepeng Buah-buahan
10) Bubur Beras Barli
11) Bubur Labu, Keladi dan Keledek
12) Bubur Gunting
13) Bubur Ala Buah Melaka
14) Bubur Pulut Hitam
15) Bubur Lemak Manis
16) Bubur Siti Asa
17) Bubur Barli Berkacang
18) Bubur Pengat Durian
19) Bubur Roti Kapai
20) Bubur Nasi Jannah
21) Bubur Nasi Jagung
22) Bubur Durian Muda
23) Bubur Labu Manis

Cita Rasa Malaysia - Johor

TAJUK : Cita Rasa Malaysia - Johor

PENULIS :

HARGA : RM5.50

SINOPSIS : Buku resipi CIta Rasa Malaysia - Johor menghidangkan 23 resipi tradisi dan warisan asli dari negeri Darul Ta'zim

1) Botok-botok
2) Sayur Rampai
3) Jeranan
4) Ikan Sumbat
5) Ikan Masak Terutup
6) awal Masak Kacang
7) Soto Ayam
8) Rojak Tauhu
9) Belado Campur
10) Tauhu Sumbat
11) Ikaaan Pari Asam Pedas
12) Sotong Masak Hitam
13) Sotong Masak Titik Pelepah
14) Pais Ikan
15) Pecal Jantung
16) Pecal Timun
17) Tauge Ikan Masin
18) Laksa Johor
19) Serunding Daging
20) Mihun Kerang Kuah Lemak
21) Beriani Daging
22) Beriani Dham
23) Acar Rampai

KARIPAP-KARIPAP CINTA

TAJUK : KARIPAP-KARIPAP CINTA

PENULIS : NAZRI M. ANNUAR

HARGA : RM14.00

SINOPSIS : Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

15 TEKNIK EFEKTIF PEMASARAN SMS

TAJUK : 15 TEKNIK EFEKTIF PEMASARAN SMS

PENULIS : IRWAN DAHNIL

HARGA : RM15.50

SINOPSIS : The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa telefon bimbit adalah alat pemasaran paling dekat dengan rakyat di Malaysia. Kali ini, Pakar Pemasaran Mobile Malaysia, Irwan Dahnil, menghamparkan 15 contoh pelan strategik untuk melakukan promosi melalui SMS. Teknik 1: Tempahan Produk dan Perkhidmatan Teknik 2: Mengedar Kupon Diskaun Teknik 3: Direktori Bisnes Teknik 4: Memeriksa Status atau Keputusan Teknik 5: Menjawab Soalan Lazim Teknik 6: Mendapatkan Maklum Balas Teknik 7: Melakukan Bancian Teknik 8: Menyebarkan Dokumen Digital Teknik 9: Hebahan dan Promosi Teknik 10: Menganjurkan Peraduan Teknik 11: Pertandingan Mencipta Slogan Teknik 12: Langganan Maklumat Berbayar Teknik 13: Langganan Maklumat Berbayar Berdemografi Teknik 14: Mengurus Aduan Berkelompok Teknik 15: Aplilasi Hybrid: Semuanya Secara Serentak

RAHSIA BISNES ISTERI NABI : KHADIJAH ( KAVER BARU )

TAJUK : RAHSIA BISNES ISTERI NABI : KHADIJAH ( KAVER BARU )

PENULIS : ASHADI ZAIN

HARGA : RM14.00

SINOPSIS : Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?
Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri. Antaranya:
- Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah.
- Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.
- Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?

STRATEGI BISNES MANCHESTER UNITED

TAJUK : STRATEGI BISNES MANCHESTER UNITED

PENULIS : ASHADI ZAIN

HARGA : RM16.00

SINOPSIS : Manchester United Football Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing. Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United. Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi: - Penajaan untuk tingkatkan keuntungan. - Ambil faedah dari harta intelek. - Kerjasama dengan syarikat lain. - Perdagangan dan pengurusan bakat. - Merchandising dan penerbitan. - Penerokaan pasaran baru, dan paling penting, cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita. Sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja. Ashadi Zain, adalah penyelidik dan pakar dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. Beliau juga adalah penulis prolifik yang sudah berjaya menghasilkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai genre, bukan fiksyen dan fiksyen. Antara buku hasil tulisan beliau adalah Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah, Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan, 66 Usahawan Malaysia, siri Adam Kecil dan banyak lagi.

CERITA BETUL FACEBOOK

TAJUK : CERITA BETUL FACEBOOK

PENULIS : TONY H.

HARGA : RM15.50

SINOPSIS : Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat. Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah. Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun! Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran. Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu. Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang betah berlama-lama di hadapan komputer. Bagi kamu yang baru berjinak dengan Facebook, ini adalah kisah selengkapnya...

166 TIP SALES EFEKTIF

TAJUK : 166 TIP SALES EFEKTIF

PENULIS : SHARUDDIN ABDULLAH, ASHADI ZAIN

HARGA : RM30.00

SINOPSIS : Sekiranya anda minat berniaga dan ingin tahu tip-tip yang dapat membantu meningkatkan jualan, inilah bukunya. Antara yang menarik adalah teknik menjawab bantahan, menyemarakkan semangat yang lemah dan cara menjawab pembenci jurujual. Sesuai untuk mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, multilevel marketing, insurans, takaful, amanah saham dan sebagainya.

MENJANA PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TAJUK : MENJANA PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PENULIS : MALEK MUHAMAT SAID

HARGA : RM28.50

SINOPSIS : Menyediakan maklumat dan panduan lengkap bagi memahami, memantau serta melaksanakan program PRS di sekolah. Kandungannya merangkumi konsep asas PRS, ujian-ujian psikologi, psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja, kemahiran asas, modul LDK, input-input latihan lanjutan serta penilaian program latihan PRS. Panduan lengkap untuk kaunselor, Guru Bimbingan dan Kaunseling serta para pentadbir sekolah.

DAHSYATNYA DOA IBU

TAJUK : DAHSYATNYA DOA IBU

PENULIS : SYAMSUDDIN NOOR

HARGA : RM14.90

SINOPSIS : Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

DATO DR.HARON DIN MENJAWAB PERSOALAN FIKAH HARIAN

TAJUK :DATO DR.HARON DIN MENJAWAB PERSOALAN FIKAH HARIAN
PENULIS : DATO DR.HARON DIN, ISHAK DIN, HASSAN DIN
HARGA : RM26.00
SINOPSIS : Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

BUAT DUIT DENGAN TADIKA

TAJUK : BUAT DUIT DENGAN TADIKA

PENULIS :

HARGA : RM17.00

SINOPSIS : Setiap tahun, jumlah prasekolah dan tadika di Malaysia semakin meningkat ekoran pertambahan kanak-kanak. Prasekolah kendalian kerajaan di sekolah rendah masih belum mampu menampung permintaan ibu bapa. Maka, kewujudan tadika swasta membantu perkembangan ini.

PENGEMBARAAN HANG JEBAT

TAJUK : PENGEMBARAAN HANG JEBAT

PENULIS : ASHADI ZAIN & MOH DAT MOLOK

HARGA : RM17.00

SINOPSIS : Suatu masa,
Dia dikenali sebagai penderhaka. Satu titik hitam yang memadamkan sebuah lapangan putih yang pernah diloreknya. Namun sejarah yang terpendam tidak akan terpadam. Ia diungkit kembali menjadi kisah, senandung yang menguatkan jiwa dan minda bangsa.
Sang Persata Nala sudah berfirasat akan pengakhiran hayat muridnya. Lantas diseru dan diamanahkan muridnya itu atas sebuah pencarian sebagai persediaan. Yang nyatanya ia bukan pencarian mudah. Apatah lagi jika perjalanannya tidak terbatas waktu...
Ini adalah kisahnya.
Ini adalah Pengembaraan Hang Jebat!

PESONA SANDORA

TAJUK : PESONA SANDORA
PENULIS : RUHAINI MAT DARIN
HARGA : RM 18.00
SINOPSIS : Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.

Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.

Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?

Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora?