SINOPSIS : Masa Depan - Manusia melombong emas di dalam lautan paling dalam.
Dan semua mata tertumpa pada jurang paling bahaya di dunia - Jurang lautan Aquila.
Aquila sebuah lautan yang indah. Namun keindahan itu menjadi rebutan ramai pihak. Kerana Aquila menyimpan khazanah emas yang amat lumayan.
Sekumpulan ekspedisi carigali emas memulakan operasi yang pada awalnya dianggap kerja rutin. Namun tidak disangka mereka menemui sejenis bahan galian yang jauh lebih berharga dari emas. Namun tiada rahsia yang kekal rahsia. Penemuan itu terbongkar oleh hati yang khianat dan bermulalah jejak tika menikam - semuanya kerana kekayan yang sementara. Sebuah karya fiksyen sains thriller yang mendebarkan. Keberkesanan plot menjadikan Parameter Aquila sebagai bahan bacaan wajib untuk peminat karya yang mendebarkan.
SINOPSIS : Kehebatan dua chef terkenal iaitu Chef Zul dan Chef Dzul bergabung tenaga memperkenalkan 23 resipi terkemuka dan mudah untuk dipraktikkan.
Rendang Tok Rendang Burung Puyuh Rendang Ekor Lembu Rendang Ikan Haruan Rendang Pedas Itik dan Belimbing Buluh Rendang Pedas Ayam Kampung Rendang Pedas Rusa dan Kentang Rendang Nanas Kalia Rendang Opor Kambing Temai Rendang Kerutuk Ayam Rendang Daging Kerutuk Kering Rendang Kerang Kacang Panjang Rendang Kuning Kupang dan Terung Pipit Rendang Pedas Pucuk Ubi Rendang Udang Terung Bulat Rendang Ikan Talang Masin dan Nangka Muda Rendang Daging Hitam Rendang Hati Ayam dan Badam Rendang Ikan Bilis Bersama Jering dan Belimbing Buluh Rendang Kambing Arab Rendang Sate Ayam Rendang Paru Lembu Rendang Babat Lembu dan Rebung
SINOPSIS :Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi’ot, Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi’ot, tanah Palestin yang sering bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.
SINOPSIS : Membangunkan modal insan adalah agenda utama negara seperti terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi merealisasikan matlamat murni ini, tanggungjawab tergalas di bahu guru dan pihak sekolah. Buku ini mengupas peranan sekolah sebagai institusi pembangun modal insan. Antara isi yang dimuatkan dalam buku ini adalah:
*Sekolah sebagai Negara Maniatur *Sosialisasi dan Pembudayaan Sekolah *Membentuk Pemimpin Masa Hadapan *Asas Pembentukan Insan dalam Keluarga
Hamedah Wok Awang adalah penerima anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 1995 dan Tokoh Guru Negeri Pahang pada tahun 2007. Normah Teh pula adalah penerima anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 2000 dan Tokoh Guru Daerah Kuantan pada tahun 2005.
Wadah Pengarang V Nilai dan Acuan Malaysia 2 Percaya dan Patuh kepada Tuhan 4 Berilmu Pengetahuan 4 Berakhlak Mulia 5 Bertanggungjawab 6 Modal Insan dalam Pembikinan 8 Berdaya Intelek 8 Mantap Rohani dan Jasmani 9 Sihat dan Cergas Jasmani 10 Insan Bersepadu daripada Kaca Mata Islam 10 Nilai Tara Sejagat 12 Penyerlahan Diri 12 Menyenangkan 13 Iltizam 13 Kestabilan Emosi 14 Beradab Budaya 14 Memahami Personaliti 17 Bidang Fikiran Disposisi 17 Bidang Fikiran Sosial dan Budaya 18 Bidang Fikiran Kognitif/ Pengalaman 18 Bidang Fikiran Biologikal 19 Bidang Fikiran Intra-psikik 20 Bidang Fikiran Penyesuaian 21 Struktur Personaliti 21 Bagaimana Guru Dapat Membantu 26 Peringkat Perkembangan Personaliti 27 Mengenalpasti Unsur Personaliti 32 Penambahbaikan Personaliti melalui Tingkap Johari 33 Wilayah dan Batas Sempadan 38 Warga Sekolah dan Warganegara 40 Sistem Pengurusan dan Pentadbiran 41 Jentera-Jentera Penggerak 44 Lambang Kedaulatan 46 Bendera 46 Moto atau Cogan Kata 47 Jata 47 Lagu Kebangsaan 47 Bahasa Kebangsaan 50 Peraturan dan Undang-Undang 50 Masyarakat Berbudaya 54 Budaya Berakad 61 Budaya Ilmu 64 Budaya Penyayang 65 Budaya Berbudi Bahasa 67 Budaya Kerja 69 Budaya Kecemerlangan 71 Amalan Demokrasi Terpimpin 71 Guru sebagai Model 73 Jentera dan Sistem Penggerak 77 Unit Warisan dan Budaya 79 Badan Kebajikan 80 Peranan Aktiviti Kokurikulum 81 Jenis-Jenis Salah Laku 85 Menangani Salah Laku 86 Menangani Kes Berat 87 Menangani Kes Sederhana 101 Kes-Kes Ponteng 103 Menangani Kes Ringan atau Kecil 105 Pendekatan Alternatif 106 Penggunaan Rotan 108 Diri sebagai Insan Pemimpin 118 Dirinya dalam Hubungan dengan Masyarakat 123 Bagaimana Sekolah Dapat Berperanan 124 Fitrah Kepimpinan 127 Orientasi Hidup di Asrama 133 Pelajar Terpilih 133 Akad Penjaga, Warden dan Pelajar 136 Budaya Hidup di Asrama 140 Menangani Masalah di Asrama 141 Aktiviti di Asrama 146 Tabik Warden 150 Ibu Bapa sebagai Guru Pertama dan Model 156 Berkongsi Anak dengan Guru 163 Membimbing Anak Remaja 170 Istilah Pendidikan 173 Lampiran 179 Rujukan 201
SINOPSIS : Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?
SINOPSIS : Meeya dan Aishah, dua gadis dari latar belakang yang berbeza. Pelajar sekolah antarabangsa dan pelajar sekolah biasa. Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama. Manik, butang dan labuci menjadi sahabat mereka. The Golden Wardrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka. Rancangan mereka mula dicemburui…. Mampukan mereka mencapai cite-cita mereka?
SINOPSIS : Aifan ialah anak kepada Tan Sri Zulkifli, yang menuntut di sebuah kolej swasta dalam bidang fesyen. Dia seorang yang lembut sehingga menjadi bahan ejekan anak kepada Datuk Fadhil, Hezri. Ayah Aifan mempunyai sejumlah hutang dengan syarikat ayah Hezri, dan hingga satu hari, ayah Aifan diisytiharkan muflis. Aifan dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah mereka dan menetap di kampung Mak Temah. Di kampung Mak Temah, Aifan mengenali Buntal dan terhasillah impian menjadi petani sayur-sayuran. Usaha mereka bagi menjadi petani berjaya sudah menampakkan hasil, tetapi Hezri dan ayahnya muncul untuk menguasai kampung Mak Temah dengan janji palsu mahu membangunkan kampung tersebut. Ikuti kisah hidup Aifan yang penuh dengan adegan lucu dan menghiburkan.
SINOPSIS : Pasukan bola sepak Sekolah Seri Budiman sibuk dengan persiapan ke Kelantan. Namun, kapten baru dilantik menggantikan kapten lama. Mengapa kapten berubah? Adakah in suatu strategi Cikgu Ismailzen atau ada sesuatu terjadi kepada kapten lama. Siapa pula kapten baru itu?
Novel ini mengisahkan kehidupan Siti Hajar selepas SPM dan sepanjang pengajiannya di Universiti Islam. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku dalam tempoh itu. Novel ini ialah sekuel bagi ‘Nur Buat Gemini’.
Tajuk tugasan kemahiran hidup adalah Pekerjaan Ibu Bapa Saya. Aisyah malu kerana dia cuma anak penebar roti canai. Akhirnya, seseorang sudah berjaya mengubah pandangannya itu. Aisyah tidak sabar mahu berkongsi resipi dan cara menebar roti canai dengan rakan-rakannya.
Janji Puteri Beradu mengisahkan Suria yang telah mengikuti temannya ke sebuah alam yang mana penghuninya seperti telah dipukau oleh satu kuasa. Mereka semua hilang ingatan. Kuasa itu mendambakan seorang puteri yang pernah dijaganya dahulu. Dia seolah-olah berdendam kerana puteri itu telah meninggalkannya. Kuasa itu berharap dengan cara itu, puteri itu akan kembali kepadanya.
Bermodalkan RM300, anda mampu memiliki bisnes kraf tangan sendiri. Bagaimana? Berikut adalah ringkasan Buat Duit dengan Kraf Tangan;
-Selok-belok dunia bisnes kraf tangan. -Sumber modal dengan jumlah yang realistik. -Bahan mentah dan kemahiran yang diperlukan. -Lokasi strategik, dan lubuk pasaran lumayan. -Trik mempromosi hasil kraf berkesan. -Kisah dan nasihat oleh pengusaha berjaya.
Buat Duit dengan Kraf Tangan memberi panduan langkah demi langkah kepada anda, bagi memilih jenis bisnes kraf tangan yang terbaik. Sesuai dibaca oleh usahawan yang baru berfikir, atau sudah pun memulakan perniagaan sendiri.
Rashidah Mat Nor adalah penulis bebas dan aktif menulis di dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Dewan Kosmik, Dewan Pelajar, Wanita dan sebagainya. Buku ini ditulis daripada hasil kajian dan temu bual dengan pengusaha kraf tangan oleh beliau sendiri, demi mendapatkan maklumat ketika menulis.
Prakata 1. Pengenalan Bisnes 2. Modal 3. Pendaftaran 4. Lokasi 5. Sumber Bekalan 6. Tenaga Kerja 7. Kemahiran 8. Sasaran Pelanggan 9. Harga Tawaran 10. Promosi dan Pemasaran 11. Organisasi yang Berkaitan 12. Pengalaman Berdasarkan Kisah Sebenar Rujukan.
Sebuah novel daripada Isa kamari yang cuba mencari pertalian antara aspirasi dan keinginan yang hidup dalam jiwa dan minda manusia dengan gejala budaya sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di luar dirinya. Pendekatan psikologi ini adalah jawapannya pada pelbagai masalah keasingan dan penghakisan nilai yang kita alami akibat serangan kemodenan dan teknologi.
Banyak tempat berehat dan renungan dalam perjalanan yang berliku ini. Oleh kerana itu Menara tidak usah dipanjat dengan terburu-buru. Menara adalah tantangan dan antitesis pada ketergesaan dan keterasingan hidup kita selama ini.
Kenikmatan menghayatinya bergantung pada persediaan serta tahap mana tanggapan dan pemahaman ditebuk dan dicerna. Daripada satu aspek Menara berusaha mencipta khalayak pembaca yang juga pemikir serius dan peneroka yang berani. Tentunya setiap pembaca akan memanjat Menaranya yang tersendiri. Puncak yang tercapai juga berlainan ketinggiannya. Selamat mendaki.
Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan. Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.
Pengantar Penterjemah
1- Kelahiran Google Larry + Sergey = Google PageRank dan Carian Google Google Inc.
2- Perkembangan Google Google Go Public Pengaruh IPO Larry dan Sergey pasca-IPO Pesawat Peribadi Pejabat Cawangan
3- Budaya Kerja Google Innovation Time Off dan April Mop GooglePlex Bersenang-lenang di GooglePlex GooglePlex Selepas IPO Gaji USD1
4- Perkembangan Bisnes Pengambilalihan Kontroversi Kerjasama
5- Produk dan Perkhidmatan Produk Dekstop Perisian Dekstop Produk Mobile Produk Web
6- Teknologi Iklan Google Mekanisme Iklan Google Permulaan Bisnes Pengiklanan Google Adwords Adsense Iklan Google Lainnya
7- Kes Undang-undang Pelbagai Tuntutan Undang-undang Dakwaan Berkaitan Typosquatters Gugatan AdSense for Domain Penipuan AdWords Penipuan Klik AdWords Pelanggan Paten AdSense Tuntutan Pelanggan Paten Antara Overture vs Google Tuntutan Penyalahgunaan Cap Dagangan Google Book Search Google YouTube Kes Undang-undang Produk Pemetaan Google Kes PageRank Microsoft-Google-Kai-Fu Lee Kecaman pada Google
8- Mengoptimumkan Pencarian Pencarian Khusus (Advanced Search) Memanfaatkan Operator Pencarian Pencarian dengan Arahan Khusus Pencarian dalam Produk Google Menggunakan Arahan Khusus Google News Google Groups Pelbagai Fungsi di Kotak Pencarian Google
Sumber Rujukan Tentang Penulis Tentang Penterjemahan
Kisah Google bermula pada tahun 1996, sebelum search engine dan teknologi pencarian menjadi bidang bisnes IT yang kompetitif seperti sekarang. Sebut sahaja tentang internet pada waktu itu, yang meniti di bibir adalah Yahoo! Dan AOL serta rangkaian servis mereka seperti emel, berita, ramalan cuaca, dan sebagainya. Sungguhpun internet adalah media yang mengandungi begitu banyak maklumat dan sentiasa berkembang, belum ada yang menyedari kepentingan servis search engine. Mencari maklumat bukanlah perkara mudah, apatah lagi untuk mendapatkan yang betul-betul relevan. Kesukarannya adalah seperti menelusuri hutan belantara. Pada waktu itu Google masih belum wujud, tetapi mereka di sebalik Google sudah memikirkan perkara itu. Pemikiran sebegitulah yang bakal menjadi teras inovasi penting dalam teknologi pencarian dan menjadi tunjang penguasaan Google.