Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.
ABU BAKAR AS SIDDIQ WIRA ISLAM
Walaupun Khalifah Abu Bakar As Siddiq memerintah selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi. Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman maka beliau menumpukan perhatian pada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq mentadbir Negara Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian antaranya Mekah, Taif, Sana’a, Hadramaut, Halwan, Rima’, Hajran, Jash, dan Bahrain. Beliau melantik wakil-wakil pada setiap bahagian tertsebut. Mereka menjadi imam, pentadbir, menjalankan keadilan, menyelesaikan perselisihan, dan sebagainya.
“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Prakata
Bab 1 Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha Hakikat dan Tatacara Solat Duha Tirai Rahsia Allah
Bab 2 Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha Pintu dan Kunci Rezeki Memperbaiki Kualiti Solat Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja Keseimbangan Diri Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat
Bab 3 Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha Kebahagiaan Dunia dan Akhirat Kemiskinan dan Kekufuran Kesedaran Menuju Perubahan Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya? Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi
Bab 4 Bangkit dan Menjemput Rezeki Arah Datangnya Rezeki Rezeki Umpama Isyarat Pemancar Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki
Bab 5 Seni Spiritual Menjemput Rezeki Ritual yang Sesat Ibadah adalah Jalan yang Lurus Spiritual Solat Duha
Bab 6 Solat Duha adalah Roh Rezeki Perang Lahir dan Batin Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki
Bab 7 Penutup Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup