Dalam
Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan,
tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak
dimulakan kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci, dan
perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu
menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.Inilah
novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam
sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia,
tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.
Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar.