Wanita dan Penelanjangan Syaitan
Penulis: 'Adnan At-Tarsyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00
Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita muslimah yang memakai
hijab? Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga berjaya
menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit, sehingga memakai
pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai
seketul daging yang tidak berbalut?
Inilah topik risalah ini yang ingin saya ingatkan kepada setiap wanita
muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya setelah itu
agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan
wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian
programnya padanya, bahawa mereka tidak lain kecuali telah menjadi
korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali
kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan kedatangan maut, larut
bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang
diinginkan syaitan dan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana
yang telah dijanjikan.
Sesungguhnya saya menyusun risalah ini dalam bentuk yang menarik
sehingga boleh menarik minat para pembaca untuk meneliti dan
mengikutinya, iatu dalam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri
wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan, yang mana syaitan
menghasut diri wanita dengan segala jenis tipu muslihat dan jejak
langkahnya.