Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti
Penulis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00
Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli
Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu.
Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah
Uthman berbanding Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan
beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah bertambah
kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan
pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan
perang dengan Saidatina Aishah. Pertelingkahan antara sahabat turut
mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.