Jin dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00
Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang
ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit
pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit
gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada
yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya
sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah
tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada
pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak
memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan
dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di
permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam
setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan
tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara
yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.