Formula Pengurusan Cinta Bersyariat; Bolehkah Bercouple?
Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM18.00
Dunia hari ini menyaksikan hubungan antara lelaki dengan wanita semakin
menuju ke arah kebebasan. Dalam kebanyakan masyarakat, hubungan lelaki
dengan wanita sudah sampai ke tahap yang amat tidak wajar dan jelas
keharamannya dalam hokum Islam. Antaranya wujud hubungan intim, teman
rapat, teman untuk berbual, teman seks, hubungan tanpa ikatan, seks
bebas dan sebagainya. Semuanya ini merupakan jalan ke arah zina yang
diharamkan. Mungkin inilah suatu petanda akhir zaman yang mana disebut
dalam riwayat hadis bahawa zina kian berleluasa.
Buku ‘Bolehkah Bercouple’ yang diterbitkan ini adalah sebagai anak kunci
pembuka minda kepada umat Islam di luar sana sebagai muhasabah dan
renungan demi memurnikan ikatan perhubungan sesama kaum adam dan hawa.
Buku ini mesti dimiliki kerana memberikan jalan penyelesaian kepada isu
couple, memberikan tip dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah,
menyentuh realiti remaja Muslim kini secara santai dan mudah, dan
menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi Islam.