Surah Al-Rum Ubat Segala Masalah Hidup
Penulis: Agus Wahyudi
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00
Tepat waktunya, buku ini hadir dengan penuh bernas, mengupas betapa
dahsyatnya sebuah surah di dalam Al-Qur’an iaitu Ar-Ruum. Tahukah anda
Surah Ar-Ruum boleh menjadi terapi bagi segala jenis kesusahan yang
menghambat hidup anda.
Hayatilah buku yang padat dengan inspirasi dan motivasi ini.
Selain anda diperkenalkan dengan kelebihan-kelebihan surah ini, anda
juga diajak untuk menjadi manusia berperibadi sabar, teguh dan penuh
semangat dalam menempuh kehidupan ini. Tidak mudah berputus asa dan
yakin bahawa cubaan hanya sementara ; bahawa amatlah mudah bagi Allah
untuk mencabut semula setiap cubaan yang ditimpakan kepada hamba-Nya.
Ibarat penawar ajaib, Surah Ar-Ruum bila anda fahami dan praktikkan
sebaik-baiknya mampu menjadi terapi yang sangat efektif bagi setiap
masalah hidup anda.