TAJUK : MENCARI MAKNA HIDUP
PENULIS : PARLINDUNGAN MARPAUNG
HARGA : RM16.50
SINOPSIS : Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.
Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi kita semua. Lebih penting lagi, bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.
Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang menggugah ini sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Prakata
Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri
Nilai Sebuah Pujian
Meniru Perangai Monyet
Keagungan Hati
Kekuasaan Penuh
Diriku Istimewa
Mengkaji Keadaan Diri
Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula
Telinga yang Sabar Mendengar
Bahagian 2: Pandai Bersyukur
Berlian di Tanah Ladang
‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi
In Spite Of
Indah pada Waktunya
Warga Tua pada Usia Indah
Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja
Jalan yang Perlu Ditempuh
Duit Syiling Ajaib
Matahari dan Angin
Perjuangan Si Gegat
Slache yang Berani
Pemandu Saya pun Boleh
Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman
Kacang Lupakan Kulit
Kura-kura Pesimis
Sindrom Lowell
Lubang Bekas Paku
Mengulangi Kesalahan
Budak-budak Memang Begitu
Siapakah Pemilik Tongkat Ini?
Bahagian 5: Menabung Kebaikan
Boneka Ajaib
Laluan Berbatu Loncatan Washington
Melakukan dalam Kegelapan
Pengemis Penuh Misteri
Orang Asing yang Baik Hati
Pertolongan untuk Sang Sufi
Di dalam kelas Darjah IV di sebuah sekolah rendah, murid-murid sedang menyambut hari lahir salah seorang gurunya. Beberapa anak murid menyampaikan ucapan selamat hari jadi, ada juga yang memberi kad ucapan serta tidak kurang juga yang menghulurkan hadiah kepada guru. Tidak disangka-sangka, ada seorang anak murid daripada keluarga miskin memberi bungkusan kecil sebagai ucapan selamat hari lahir kepada guru. Anak murid ini berasal daripada keluarga biasa-biasa sahaja. Sebagai anak pekerja bawahan, tentulah rakan sekelasnya tertanya-tanya bagaimana dia mendapat wang membeli hadiah untuk gurunya.
Murid itu menjadi orang terakhir yang menyerahkan bungkusan hadiah lalu seluruh kawan sekelasnya bersorak, “Buka… buka… buka!” Mereka berharap guru yang sedang menyambut hari lahirnya membuka hadiah itu. Tujuan mereka bukanlah kerana mereka mahu tahu isi kotak hadiah itu tetapi sebenarnya hanya mahu mentertawakan pemberian murid itu. Sambil tersenyum kecil, guru itu membuka balutan kotak hadiah yang diberikan. Dari dalam kotak hadiah, beliau menarik keluar sebotol minyak wangi yang isinya sudah tinggal separuh. Minyak wangi itu disemburkannya sedikit ke pakaiannya. Selepas itu beliau mengambil seutas rantai yang sudah kusam dan pudar warnanya. Beliau memakaikan rantai itu ke lehernya. Semua murid di dalam kelas terdiam. Mata murid yang memberi hadiah itu berkaca-kaca. Dengan senyuman, guru itu berkata, “Terima kasih, wahai anak muridku.” Semua murid di dalam kelas itu serentak bertepuk tangan.
Selepas tamat waktu sekolah, murid tadi menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadiah yang tidak seberapa itu. Guru itu bertanya mengapa dia memberikan minyak wangi dan perhiasan itu kepadanya walaupun tidak lengkap. Dengan nada sedih, murid itu berkata ibunya sudah meninggal dunia tidak lama dahulu. Semua yang diberikan kepada gurunya adalah milik ibunya dan dia dengan rela menyerahkan semua itu kepada gurunya.
Dia berkata semenjak ibunya meninggal, dia hampir putus asa dan merancang mahu berhenti sekolah. Itulah sebabnya mengapa dia memberikan hadiah itu sebagai tanda kenang-kenangan yang terakhir. Namun, selepas guru itu menerima hadiahnya dengan gembira, dia mengubah niatnya.
Lima tahun kemudian, guru itu menerima sepucuk surat daripada muridnya yang pernah memberikan hadiah pada hari lahirnya. Surat itu ditulis, “Terima kasih, cikgu! Saya sudah pun menamatkan sekolah menengah. Semua ini adalah kerana jasa cikgu yang pernah menerima hadiah daripada saya yang tidak seberapa semasa saya Darjah IV dahulu.”
Tiga tahun kemudian, guru tadi menerima sepucuk lagi surat daripada bekas muridnya. Dia memberitahu dia berjaya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menghargai pemberiannya semasa dia Darjah IV dahulu.
Enam tahun kemudian, guru itu menerima kiriman gambar ijazah bekas muridnya. Pada gambar itu, tertulis kata-kata, “Khas buat guruku yang dikasihi. Baju toga ini adalah kerana cikgu pernah menerima hadiah hari lahir daripada saya ketika saya Darjah IV dahulu, yang menyemarakkan semangat saya melanjutkan pelajaran. Sekiranya diizinkan Tuhan, mohon doa restu cikgu kerana saya bakal menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran.”
****
Kata-kata yang membangun dan menghargai orang lain dengan ikhlas, dapat memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang, seterusnya mengubah hidupnya. Begitulah sebaliknya. Lidah yang kecil dapat mengguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.
Kes-kes cubaan bunuh diri dapat dihalang hanya dengan kata-kata membangun dan memberikan harapan tinggi bagi melihat masa depan dengan segala peluang yang dapat diraih. Seorang pekerja yang bercadang mahu mengundurkan diri dari syarikat mengurungkan niatnya hanya kerana mendengar kata-kata yang membangun dan memotivasikan dirinya. Demikianlah juga sebaliknya. Kata-kata yang mengeji, merendah-rendahkan serta menghina membantutkan motivasi seseorang, bahkan dapat membunuh masa depannya.
Bruce Barton pernah berkata, “Sama ada baik ataupun buruk, percakapan anda adalah iklan diri anda. Setiap kali anda berkata-kata, anda membiarkan orang lain menilai anda. Tutup mulut anda dan orang lain tidak tahu betapa ceteknya pengetahuan anda. Buka mulut anda, kecetekan pengetahuan anda tidak diragui lagi.”