Tuesday, March 16, 2010

10 Profil Sarjana Islam Paling

TAJUK : 10 Profil Sarjana Islam Paling
PENULIS : Mohd Rumaizuddin Ghazali
HARGA : RM20.00
SINOPSIS : Menyingkap Sejarah Perjuangan dan Kegemilangan Tokoh Abad ke-20 & 21 "Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim." -Direkodkan oleh Imam Baihaqi- Mustafa Al-Syiba'iy Dr. Yusuf Musa Mahmud Shaltut Muhammad 'Imarah Muhammad al-Ghazali Abu Hassan Ali al-Nadawi Ismail Sodiq al-Adawi Muhamad al-Mutawalli al-Sya'rawi Dr. Wahbah Al-Zuhayli Dr. Yusuf al-Qaradawi Mereka adalah penerus usaha dakwah nabi sepanjang zaman. Mereka belajar dan mengajar dengan tanpa mendapat sebarang kepentingan peribadi. Mereka membawa mesej yang sama sejak dari zaman nabi hingga ke akhir hayat mereka. Kehadiran mereka tanda kasih sayang Tuhan kepada manusia. Buku ini menghimpunkan 10 tokoh sarjana Islam paling berpengaruh pada abad ke-20 dan 21 sebagai rujukan untuk generasi seterusnya.