Sunday, March 10, 2013

Orang Islam Harus Kaya


Orang Islam Harus Kaya
Penulis: Rachmat Ramadhana Al-Banjari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Jika anda berani membaca buku ini, bererti anda telah berani memasuki zon ujian terbesar bagi umat ini. Iaitu kekayaan. Jadi, ucapkanlah, “Selamat datang ujian harta kekayaan, silakan masuk ke dalam kehidupanku!”.

Namun benarkah anda telah sanggup mengharungi samudera ujian yang maha berat tersebut?
Di sinilah kepentingannya buku ini. Membaca buku ini, anda sebenarnya akan diajak untuk mengerahkan segala fikiran, strategi dan aktiviti usaha anda kepada konsep Tauhid dan kerasulan. Hanya dengan itu anda akan mampu “menyembuhkan kemiskinan” yang dihidapi majoriti umat Islam dewasa ini. Dengan mengembangkan kajian mendalam ke atas kuasa ketauhidan ditambah pula tunjuk ajar Rasulullah S.W.T. dalam mengatasi virus kemiskinan, insya Allah buku ini akan membimbing anda dengan sangat mudah untuk membuka pintu-pintu rezeki yang penuh keberkatan yang tersebar di seluruh penjuru langit dan bumi. Jika anda istiqamah menghayati dan menerapkannya, maka dengan izin Allah anda akan menjadi orang kaya yang hidup dalam lindungan Cahaya-Nya.

Ya Allah Aku Tidak Layak Untuk Syurga-Mu


Ya Allah Aku Tidak Layak Untuk Syurga-Mu
Penulis: Badiatul Roziqin
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Sesungguhnya kita amat mengharapkan syurga-Nya, walaupun kita sedar bahawa diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya, kerana lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad ini. Andaikata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah. Nescaya sekujur tubuh ini akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa itu! Begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri kita bergelumang dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kitam mampu bertahan di neraka-Nya!

Buku ini mengajak kita semua untuk belajar dengan rendah hati bagaimana sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah Azza wa Jalla, memohon keampunan-Nya, mengharap reda-Nya, sebagai hamba yang tidak berdaya dihambat lumpur-lumpur dosa. Ini adalah bacaan motivasi Islam, membangkit kekuatan hati agar segera bersujud kepada-Nya. Dengan sebenar-benar sujud, menebus segala dosa, selagi roh masih dikandung badan sebelum syurga atau neraka terhampar di depan mata kita!

Surah Al-Rum Ubat Segala Masalah Hidup

Surah Al-Rum Ubat Segala Masalah Hidup
Penulis: Agus Wahyudi
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00
Tepat waktunya, buku ini hadir dengan penuh bernas, mengupas betapa dahsyatnya sebuah surah di dalam Al-Qur’an iaitu Ar-Ruum. Tahukah anda Surah Ar-Ruum boleh menjadi terapi bagi segala jenis kesusahan yang menghambat hidup anda. Hayatilah buku yang padat dengan inspirasi dan motivasi ini. 
Selain anda diperkenalkan dengan kelebihan-kelebihan surah ini, anda juga diajak untuk menjadi manusia berperibadi sabar, teguh dan penuh semangat dalam menempuh kehidupan ini. Tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa cubaan hanya sementara ; bahawa amatlah mudah bagi Allah untuk mencabut semula setiap cubaan yang ditimpakan kepada hamba-Nya. 
Ibarat penawar ajaib, Surah Ar-Ruum bila anda fahami dan praktikkan sebaik-baiknya mampu menjadi terapi yang sangat efektif bagi setiap masalah hidup anda.

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in
Penulis: Ahmad Khalil Juma’ah
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Buku ini adalah usaha untuk menghimpunkan hadis-hadis tentang wanita-wanita muslimah, kemudian menunjukkan peranan besar mereka dalam sejarah, hingga akhirnya dapat diketahui anatomi keperibadian wanita muslimah. Buku ini juga adalah usaha lanjutan penulis untuk mengetahui susuk wanita muslimah secara lebih mendalam, khususnya mengenai kontribusi mereka dalam bidang keilmuan, kedudukan dan keutamaan mereka; sambil membuka berbagai dimensi keperibadian mereka yang lain.

Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar


Perang Khaibar: Penaklukan Kota Khaibar
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.

Melakar Syurgawi Idaman

Melakar Syurgawi Idaman
Penulis: Saat Sulaiman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna disebalik ungkapan tersebut? Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga, nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah. Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.

Ustaz Azhar Idrus LIVE

Ustaz Azhar Idrus LIVE
Penulis: Ustaz Azhar Idrus dan Kartunis Athool
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM15.00
Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat. Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.

Novel Sejarah Edisi Jimat










1) Khalid Al Walid - RM15.00
2) Abu Ubaidah - RM15.00
3) Ikramah - RM14.00
4) Salahudin - RM14.00
5) Muhammad Al Fateh - RM15.00
6) Tariq - RM15.00
7) Hulagu Khan - RM14.00