Saturday, November 21, 2009

PERNIAGAAN : BUAT DUIT DENGAN KRAFTANGAN

TAJUK : BUAT DUIT DENGAN KRAFTANGAN

PENULIS : RASHIDAH MAT NOR

HARGA : RM14.00

Bermodalkan RM300, anda mampu memiliki bisnes kraf tangan sendiri. Bagaimana? Berikut adalah ringkasan Buat Duit dengan Kraf Tangan;

-Selok-belok dunia bisnes kraf tangan.
-Sumber modal dengan jumlah yang realistik.
-Bahan mentah dan kemahiran yang diperlukan.
-Lokasi strategik, dan lubuk pasaran lumayan.
-Trik mempromosi hasil kraf berkesan.
-Kisah dan nasihat oleh pengusaha berjaya.

Buat Duit dengan Kraf Tangan memberi panduan langkah demi langkah kepada anda, bagi memilih jenis bisnes kraf tangan yang terbaik. Sesuai dibaca oleh usahawan yang baru berfikir, atau sudah pun memulakan perniagaan sendiri.

Rashidah Mat Nor adalah penulis bebas dan aktif menulis di dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Dewan Kosmik, Dewan Pelajar, Wanita dan sebagainya. Buku ini ditulis daripada hasil kajian dan temu bual dengan pengusaha kraf tangan oleh beliau sendiri, demi mendapatkan maklumat ketika menulis.

Prakata
1. Pengenalan Bisnes
2. Modal
3. Pendaftaran
4. Lokasi
5. Sumber Bekalan
6. Tenaga Kerja
7. Kemahiran
8. Sasaran Pelanggan
9. Harga Tawaran
10. Promosi dan Pemasaran
11. Organisasi yang Berkaitan
12. Pengalaman Berdasarkan Kisah Sebenar
Rujukan.