Saturday, November 21, 2009

MOTIVASI : DIDIK ANAK JADI PINTAR

TAJUK : DIDIK ANAK JADI PINTAR

PENULIS : ROHANI SHEIKH OMAR

HARGA : 13.90

SINOPSIS :

Bicara Penulis

Pengenalan

Bab 1 Perkembangan dan Aktiviti Anak-anak 0 hingga 2 Tahun

Bab 2 Kehidupan Anak-anak 2 hingga 3 tahun

Bab 3 Kelasakan Anak-anak 3 hingga 4 Tahun

Bab 4 Bersedia ke Sekolah 4 hingga 5 Tahun

Bab 5 Ke Sekolah - Dari 5 Tahun ke Atas

Analisa Terakhir

Sisipan

Bibliografi

NOVEL : PARAMETER AQUILA

TAJUK : PARAMETER AQUILA

PENULIS : NURIAZAM ISMAIL

HARGA : RM12.00

SINOPSIS :
Masa Depan - Manusia melombong emas di dalam lautan paling dalam.


Dan semua mata tertumpa pada jurang paling bahaya di dunia - Jurang lautan Aquila.


Aquila sebuah lautan yang indah. Namun keindahan itu menjadi rebutan ramai pihak. Kerana Aquila menyimpan khazanah emas yang amat lumayan.


Sekumpulan ekspedisi carigali emas memulakan operasi yang pada awalnya dianggap kerja rutin. Namun tidak disangka mereka menemui sejenis bahan galian yang jauh lebih berharga dari emas. Namun tiada rahsia yang kekal rahsia. Penemuan itu terbongkar oleh hati yang khianat dan bermulalah jejak tika menikam - semuanya kerana kekayan yang sementara.
Sebuah karya fiksyen sains thriller yang mendebarkan. Keberkesanan plot menjadikan Parameter Aquila sebagai bahan bacaan wajib untuk peminat karya yang mendebarkan.



RESEPI : MASAKAN RENDANG

TAJUK : MASAKAN RENDANG

PENULIS : CHEF ZUL, CHEF DZUL

HARGA : RM5.50

SINOPSIS :
Kehebatan dua chef terkenal iaitu Chef Zul dan Chef Dzul bergabung tenaga memperkenalkan 23 resipi terkemuka dan mudah untuk dipraktikkan.


Rendang Tok
Rendang Burung Puyuh
Rendang Ekor Lembu
Rendang Ikan Haruan
Rendang Pedas Itik dan Belimbing Buluh
Rendang Pedas Ayam Kampung
Rendang Pedas Rusa dan Kentang
Rendang Nanas Kalia
Rendang Opor Kambing Temai
Rendang Kerutuk Ayam
Rendang Daging Kerutuk Kering
Rendang Kerang Kacang Panjang
Rendang Kuning Kupang dan Terung Pipit
Rendang Pedas Pucuk Ubi
Rendang Udang Terung Bulat
Rendang Ikan Talang Masin dan Nangka Muda
Rendang Daging Hitam
Rendang Hati Ayam dan Badam
Rendang Ikan Bilis Bersama Jering dan Belimbing Buluh
Rendang Kambing Arab
Rendang Sate Ayam
Rendang Paru Lembu
Rendang Babat Lembu dan Rebung

NOVEL : RINDU & AIR MATA DI KTZI'OT

TAJUK : RINDU & AIR MATA DI KTZI'OT

PENULIS : ASHADI ZAIN & MOH DAT MOLOK

HARGA : 16

SINOPSIS :Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi’ot, Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi’ot, tanah Palestin yang sering bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.



MITIVASI : SEKOLAH SEBAGAI PEMBANGUNAN MODAL INSAN


TAJUK : SEKOLAH SEBAGAI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PENULIS : HAMEDAH WOK AWANG NORMAH TEH

HARGA : RM21.00

SINOPSIS :
Membangunkan modal insan adalah agenda utama negara seperti terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi merealisasikan matlamat murni ini, tanggungjawab tergalas di bahu guru dan pihak sekolah. Buku ini mengupas peranan sekolah sebagai institusi pembangun modal insan. Antara isi yang dimuatkan dalam buku ini adalah:

*Sekolah sebagai Negara Maniatur
*Sosialisasi dan Pembudayaan Sekolah
*Membentuk Pemimpin Masa Hadapan
*Asas Pembentukan Insan dalam Keluarga

Hamedah Wok Awang adalah penerima anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 1995 dan Tokoh Guru Negeri Pahang pada tahun 2007.
Normah Teh pula adalah penerima anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 2000 dan Tokoh Guru Daerah Kuantan pada tahun 2005.



Wadah Pengarang V
Nilai dan Acuan Malaysia 2
Percaya dan Patuh kepada Tuhan 4
Berilmu Pengetahuan 4
Berakhlak Mulia 5
Bertanggungjawab 6
Modal Insan dalam Pembikinan 8
Berdaya Intelek 8
Mantap Rohani dan Jasmani 9
Sihat dan Cergas Jasmani 10
Insan Bersepadu daripada Kaca Mata Islam 10
Nilai Tara Sejagat 12
Penyerlahan Diri 12
Menyenangkan 13
Iltizam 13
Kestabilan Emosi 14
Beradab Budaya 14
Memahami Personaliti 17
Bidang Fikiran Disposisi 17
Bidang Fikiran Sosial dan Budaya 18
Bidang Fikiran Kognitif/ Pengalaman 18
Bidang Fikiran Biologikal 19
Bidang Fikiran Intra-psikik 20
Bidang Fikiran Penyesuaian 21
Struktur Personaliti 21
Bagaimana Guru Dapat Membantu 26
Peringkat Perkembangan Personaliti 27
Mengenalpasti Unsur Personaliti 32
Penambahbaikan Personaliti melalui Tingkap Johari 33
Wilayah dan Batas Sempadan 38
Warga Sekolah dan Warganegara 40
Sistem Pengurusan dan Pentadbiran 41
Jentera-Jentera Penggerak 44
Lambang Kedaulatan 46
Bendera 46
Moto atau Cogan Kata 47
Jata 47
Lagu Kebangsaan 47
Bahasa Kebangsaan 50
Peraturan dan Undang-Undang 50
Masyarakat Berbudaya 54
Budaya Berakad 61
Budaya Ilmu 64
Budaya Penyayang 65
Budaya Berbudi Bahasa 67
Budaya Kerja 69
Budaya Kecemerlangan 71
Amalan Demokrasi Terpimpin 71
Guru sebagai Model 73
Jentera dan Sistem Penggerak 77
Unit Warisan dan Budaya 79
Badan Kebajikan 80
Peranan Aktiviti Kokurikulum 81
Jenis-Jenis Salah Laku 85
Menangani Salah Laku 86
Menangani Kes Berat 87
Menangani Kes Sederhana 101
Kes-Kes Ponteng 103
Menangani Kes Ringan atau Kecil 105
Pendekatan Alternatif 106
Penggunaan Rotan 108
Diri sebagai Insan Pemimpin 118
Dirinya dalam Hubungan dengan Masyarakat 123
Bagaimana Sekolah Dapat Berperanan 124
Fitrah Kepimpinan 127
Orientasi Hidup di Asrama 133
Pelajar Terpilih 133
Akad Penjaga, Warden dan Pelajar 136
Budaya Hidup di Asrama 140
Menangani Masalah di Asrama 141
Aktiviti di Asrama 146
Tabik Warden 150
Ibu Bapa sebagai Guru Pertama dan Model 156
Berkongsi Anak dengan Guru 163
Membimbing Anak Remaja 170
Istilah Pendidikan 173
Lampiran 179
Rujukan 201


N0VEL ISLAM : TITIAN NABI

TAJUK : TITIAN NABI

PENULIS : MUHAMMAD MASYKUR A. SAID

HARGA : RM17.00

SINOPSIS : Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?



PERNIAGAAN : USAHAWAN CILIK - MANIK MERAH JAMBU

TAJUK : USAHAWAN CILIK - MANIK MERAH JAMBU

PENULIS : NEY JOEHAN

HARGA : RM15.00

SINOPSIS : Meeya dan Aishah, dua gadis dari latar belakang yang berbeza. Pelajar sekolah antarabangsa dan pelajar sekolah biasa. Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama. Manik, butang dan labuci menjadi sahabat mereka. The Golden Wardrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka. Rancangan mereka mula dicemburui…. Mampukan mereka mencapai cite-cita mereka?




TEEN : KISAH AIFAN

TAJUK : KISAH AIFAN

PENULIS : IKMAL SHAH

HARGA : RM17.00

SINOPSIS : Aifan ialah anak kepada Tan Sri Zulkifli, yang menuntut di sebuah kolej swasta dalam bidang fesyen. Dia seorang yang lembut sehingga menjadi bahan ejekan anak kepada Datuk Fadhil, Hezri. Ayah Aifan mempunyai sejumlah hutang dengan syarikat ayah Hezri, dan hingga satu hari, ayah Aifan diisytiharkan muflis. Aifan dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah mereka dan menetap di kampung Mak Temah. Di kampung Mak Temah, Aifan mengenali Buntal dan terhasillah impian menjadi petani sayur-sayuran. Usaha mereka bagi menjadi petani berjaya sudah menampakkan hasil, tetapi Hezri dan ayahnya muncul untuk menguasai kampung Mak Temah dengan janji palsu mahu membangunkan kampung tersebut. Ikuti kisah hidup Aifan yang penuh dengan adegan lucu dan menghiburkan.



TEEN : KAPTEN BOLEH

TAJUK : KAPTEN BOLEH

PENULIS : KUSYI HIRDAN

HARGA : RM15.00

SINOPSIS : Pasukan bola sepak Sekolah Seri Budiman sibuk dengan persiapan ke Kelantan.
Namun, kapten baru dilantik menggantikan kapten lama. Mengapa kapten berubah?
Adakah in suatu strategi Cikgu Ismailzen atau ada sesuatu terjadi kepada kapten lama.
Siapa pula kapten baru itu?

1. Katen Berubah

2. Susah Hati

3. Strategi

4. Kecewa

5. Pujuk Memujuk

6. Sedar Diri

7. Pos Ataupun Emel

8. Memohon Maaf

9. Sejarah Tercipta

10. Batu Api

11. Tidak Berkawan Lagi

12. Peluang Kedua

13. Menuju Ke Kelantan

14. Pergi Ataupun Tidak

15. Kehebatan

16. Menjamu Selera

17. Terima kasih Semua

18. Rumah Afandi


TEEN : WARNA-WARNI SI PUTERI

TAJUK : WARNA-WARNI SI PUTERI

PENULIS : NORASHIKIN WAHID

HARGA : 14.50

Novel ini mengisahkan kehidupan Siti Hajar selepas SPM dan sepanjang pengajiannya di Universiti Islam. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku dalam tempoh itu. Novel ini ialah sekuel bagi ‘Nur Buat Gemini’.

TEEN : USAHAWAN CILIK : AISYAH DAN ROTI CANAI

TAJUK : USAHAWAN CILIK : AISYAH DAN ROTI CANAI

PENULIS : AHMAD DIN

HARGA : 14.00

Tajuk tugasan kemahiran hidup adalah Pekerjaan Ibu Bapa Saya. Aisyah malu kerana dia cuma anak penebar roti canai. Akhirnya, seseorang sudah berjaya mengubah pandangannya itu. Aisyah tidak sabar mahu berkongsi resipi dan cara menebar roti canai dengan rakan-rakannya.


TEEN : JANJI PUTERI BERADU

TAJUK : JANJI PUTERI BERADU

PENULIS : ZULKIFLI MANSOR

HARGA : RM15.50

Janji Puteri Beradu mengisahkan Suria yang telah mengikuti temannya ke sebuah alam yang mana penghuninya seperti telah dipukau oleh satu kuasa. Mereka semua hilang ingatan. Kuasa itu mendambakan seorang puteri yang pernah dijaganya dahulu. Dia seolah-olah berdendam kerana puteri itu telah meninggalkannya. Kuasa itu berharap dengan cara itu, puteri itu akan kembali kepadanya.


KOMIK : KOMIK M-SHOOTZ # 2

TAJUK : KOMIK M-SHOOTZ # 2

PENULIS :

HARGA : 6.90

Sambungan dari Komik M- Shootz. Berkisar mengenai permainan bola baling pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Pangsun.



PERNIAGAAN : BUAT DUIT DENGAN KRAFTANGAN

TAJUK : BUAT DUIT DENGAN KRAFTANGAN

PENULIS : RASHIDAH MAT NOR

HARGA : RM14.00

Bermodalkan RM300, anda mampu memiliki bisnes kraf tangan sendiri. Bagaimana? Berikut adalah ringkasan Buat Duit dengan Kraf Tangan;

-Selok-belok dunia bisnes kraf tangan.
-Sumber modal dengan jumlah yang realistik.
-Bahan mentah dan kemahiran yang diperlukan.
-Lokasi strategik, dan lubuk pasaran lumayan.
-Trik mempromosi hasil kraf berkesan.
-Kisah dan nasihat oleh pengusaha berjaya.

Buat Duit dengan Kraf Tangan memberi panduan langkah demi langkah kepada anda, bagi memilih jenis bisnes kraf tangan yang terbaik. Sesuai dibaca oleh usahawan yang baru berfikir, atau sudah pun memulakan perniagaan sendiri.

Rashidah Mat Nor adalah penulis bebas dan aktif menulis di dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Dewan Kosmik, Dewan Pelajar, Wanita dan sebagainya. Buku ini ditulis daripada hasil kajian dan temu bual dengan pengusaha kraf tangan oleh beliau sendiri, demi mendapatkan maklumat ketika menulis.

Prakata
1. Pengenalan Bisnes
2. Modal
3. Pendaftaran
4. Lokasi
5. Sumber Bekalan
6. Tenaga Kerja
7. Kemahiran
8. Sasaran Pelanggan
9. Harga Tawaran
10. Promosi dan Pemasaran
11. Organisasi yang Berkaitan
12. Pengalaman Berdasarkan Kisah Sebenar
Rujukan.


NOVEL : MENARA

TAJUK : MENARA

PENULIS : ISA KAMARI

HARGA : 16.50


Sebuah novel daripada Isa kamari yang cuba mencari pertalian antara aspirasi dan keinginan yang hidup dalam jiwa dan minda manusia dengan gejala budaya sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di luar dirinya. Pendekatan psikologi ini adalah jawapannya pada pelbagai masalah keasingan dan penghakisan nilai yang kita alami akibat serangan kemodenan dan teknologi.

Banyak tempat berehat dan renungan dalam perjalanan yang berliku ini. Oleh kerana itu Menara tidak usah dipanjat dengan terburu-buru. Menara adalah tantangan dan antitesis pada ketergesaan dan keterasingan hidup kita selama ini.

Kenikmatan menghayatinya bergantung pada persediaan serta tahap mana tanggapan dan pemahaman ditebuk dan dicerna. Daripada satu aspek Menara berusaha mencipta khalayak pembaca yang juga pemikir serius dan peneroka yang berani. Tentunya setiap pembaca akan memanjat Menaranya yang tersendiri. Puncak yang tercapai juga berlainan ketinggiannya. Selamat mendaki.


PERNIAGAAN : RAHSIA BISNES GOOGLE

TAJUK : RAHSIA BISNES GOOGLE

PENULIS : N.K. SUSRINI

HARGA : RM20.00

Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan. Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.

Pengantar Penterjemah

1- Kelahiran Google
Larry + Sergey = Google
PageRank dan Carian Google
Google Inc.

2- Perkembangan Google
Google Go Public
Pengaruh IPO
Larry dan Sergey pasca-IPO
Pesawat Peribadi
Pejabat Cawangan

3- Budaya Kerja Google
Innovation Time Off dan April Mop
GooglePlex
Bersenang-lenang di GooglePlex
GooglePlex Selepas IPO
Gaji USD1

4- Perkembangan Bisnes
Pengambilalihan
Kontroversi
Kerjasama

5- Produk dan Perkhidmatan
Produk Dekstop
Perisian Dekstop
Produk Mobile
Produk Web

6- Teknologi Iklan Google
Mekanisme Iklan Google
Permulaan Bisnes Pengiklanan Google
Adwords
Adsense
Iklan Google Lainnya

7- Kes Undang-undang
Pelbagai Tuntutan Undang-undang
Dakwaan Berkaitan Typosquatters
Gugatan AdSense for Domain
Penipuan AdWords
Penipuan Klik AdWords
Pelanggan Paten AdSense
Tuntutan Pelanggan Paten Antara Overture vs Google
Tuntutan Penyalahgunaan Cap Dagangan
Google Book Search
Google YouTube
Kes Undang-undang Produk Pemetaan Google
Kes PageRank
Microsoft-Google-Kai-Fu Lee
Kecaman pada Google

8- Mengoptimumkan Pencarian
Pencarian Khusus (Advanced Search)
Memanfaatkan Operator Pencarian
Pencarian dengan Arahan Khusus
Pencarian dalam Produk Google
Menggunakan Arahan Khusus
Google News
Google Groups
Pelbagai Fungsi di Kotak Pencarian Google

Sumber Rujukan
Tentang Penulis
Tentang Penterjemahan

Kisah Google bermula pada tahun 1996, sebelum search engine dan teknologi pencarian menjadi bidang bisnes IT yang kompetitif seperti sekarang. Sebut sahaja tentang internet pada waktu itu, yang meniti di bibir adalah Yahoo! Dan AOL serta rangkaian servis mereka seperti emel, berita, ramalan cuaca, dan sebagainya. Sungguhpun internet adalah media yang mengandungi begitu banyak maklumat dan sentiasa berkembang, belum ada yang menyedari kepentingan servis search engine. Mencari maklumat bukanlah perkara mudah, apatah lagi untuk mendapatkan yang betul-betul relevan. Kesukarannya adalah seperti menelusuri hutan belantara. Pada waktu itu Google masih belum wujud, tetapi mereka di sebalik Google sudah memikirkan perkara itu. Pemikiran
sebegitulah yang bakal menjadi teras inovasi penting dalam teknologi pencarian dan menjadi tunjang penguasaan Google.