Saturday, November 21, 2009

PERNIAGAAN : RAHSIA BISNES GOOGLE

TAJUK : RAHSIA BISNES GOOGLE

PENULIS : N.K. SUSRINI

HARGA : RM20.00

Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan. Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.

Pengantar Penterjemah

1- Kelahiran Google
Larry + Sergey = Google
PageRank dan Carian Google
Google Inc.

2- Perkembangan Google
Google Go Public
Pengaruh IPO
Larry dan Sergey pasca-IPO
Pesawat Peribadi
Pejabat Cawangan

3- Budaya Kerja Google
Innovation Time Off dan April Mop
GooglePlex
Bersenang-lenang di GooglePlex
GooglePlex Selepas IPO
Gaji USD1

4- Perkembangan Bisnes
Pengambilalihan
Kontroversi
Kerjasama

5- Produk dan Perkhidmatan
Produk Dekstop
Perisian Dekstop
Produk Mobile
Produk Web

6- Teknologi Iklan Google
Mekanisme Iklan Google
Permulaan Bisnes Pengiklanan Google
Adwords
Adsense
Iklan Google Lainnya

7- Kes Undang-undang
Pelbagai Tuntutan Undang-undang
Dakwaan Berkaitan Typosquatters
Gugatan AdSense for Domain
Penipuan AdWords
Penipuan Klik AdWords
Pelanggan Paten AdSense
Tuntutan Pelanggan Paten Antara Overture vs Google
Tuntutan Penyalahgunaan Cap Dagangan
Google Book Search
Google YouTube
Kes Undang-undang Produk Pemetaan Google
Kes PageRank
Microsoft-Google-Kai-Fu Lee
Kecaman pada Google

8- Mengoptimumkan Pencarian
Pencarian Khusus (Advanced Search)
Memanfaatkan Operator Pencarian
Pencarian dengan Arahan Khusus
Pencarian dalam Produk Google
Menggunakan Arahan Khusus
Google News
Google Groups
Pelbagai Fungsi di Kotak Pencarian Google

Sumber Rujukan
Tentang Penulis
Tentang Penterjemahan

Kisah Google bermula pada tahun 1996, sebelum search engine dan teknologi pencarian menjadi bidang bisnes IT yang kompetitif seperti sekarang. Sebut sahaja tentang internet pada waktu itu, yang meniti di bibir adalah Yahoo! Dan AOL serta rangkaian servis mereka seperti emel, berita, ramalan cuaca, dan sebagainya. Sungguhpun internet adalah media yang mengandungi begitu banyak maklumat dan sentiasa berkembang, belum ada yang menyedari kepentingan servis search engine. Mencari maklumat bukanlah perkara mudah, apatah lagi untuk mendapatkan yang betul-betul relevan. Kesukarannya adalah seperti menelusuri hutan belantara. Pada waktu itu Google masih belum wujud, tetapi mereka di sebalik Google sudah memikirkan perkara itu. Pemikiran
sebegitulah yang bakal menjadi teras inovasi penting dalam teknologi pencarian dan menjadi tunjang penguasaan Google.