Saturday, November 21, 2009

NOVEL : PARAMETER AQUILA

TAJUK : PARAMETER AQUILA

PENULIS : NURIAZAM ISMAIL

HARGA : RM12.00

SINOPSIS :
Masa Depan - Manusia melombong emas di dalam lautan paling dalam.


Dan semua mata tertumpa pada jurang paling bahaya di dunia - Jurang lautan Aquila.


Aquila sebuah lautan yang indah. Namun keindahan itu menjadi rebutan ramai pihak. Kerana Aquila menyimpan khazanah emas yang amat lumayan.


Sekumpulan ekspedisi carigali emas memulakan operasi yang pada awalnya dianggap kerja rutin. Namun tidak disangka mereka menemui sejenis bahan galian yang jauh lebih berharga dari emas. Namun tiada rahsia yang kekal rahsia. Penemuan itu terbongkar oleh hati yang khianat dan bermulalah jejak tika menikam - semuanya kerana kekayan yang sementara.
Sebuah karya fiksyen sains thriller yang mendebarkan. Keberkesanan plot menjadikan Parameter Aquila sebagai bahan bacaan wajib untuk peminat karya yang mendebarkan.