Wednesday, November 18, 2009

NOVEL ISLAM : 10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA

TAJUK : 10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA

PENULIS : SARIDAH HAMID

HARGA : RM12.00

SINOPSIS : “Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu sendiri ibarat tiga musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama, sudah sampai ke tempat yang dituju. Musafir kedua juga sama. Musafir ketiga masih dalam perjalanan. Apabila saya tidak menempuhi laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak sampai ke tempat mereka.” (Umar bin Khattab)

“Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu sendiri ibarat tiga musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama, sudah sampai ke tempat yang dituju. Musafir kedua juga sama. Musafir ketiga masih dalam perjalanan. Apabila saya tidak menempuhi laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak sampai ke tempat mereka.” Umar bin Khattab)

Mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas dalam hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia. Mereka tidak mungkin menukar ganti walau nyawa melayang pergi. Kini, mereka menuju ke sana dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula dengan kita?

Buku ini menghimpunkan 31 kisah benar daripada al-Quran dan hadis. Ia bertemakan kisah 10 sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga oleh Allah.

Saridah Hamid adalah penulis skrip, penyelidik dan editor bebas. Beliau mula menulis sejak tahun 1990 sebagai wartawan majalah. Kini, beliau banyak menghasilkan buku seperti Bahtera Nabi Nuh dan Kisah-kisah Lain, Selembut Bicara: Kisah-kisah Inspirasi Untuk Wanita dan 10 Sahabat yang Dijanjikan Syurga.

ISI KANDUNGAN

Prakata
1 Sahabat Karib Insan Istimewa
2 Setia dalam Perjuangan
3 Khalifah Pertama Islam
4 Dirinya Digeruni Musuh
5 Ketua Negara Prihatin
6 Hidup Sederhana di Dunia
7 Umar Mati Syahid
8 Berkahwin dengan Dua Anak Nabi
9 Harta Dikorbankan Demi Islam
10 Disegani Para Malaikat
11 Sepupu & Menantu
12 Nyawa Dipertaruhkan
13 Digelar Harimau Allah
14 Anak Saudara Siti Khadijah
15 Benteng Babylon
16 Pembela Nabi
17 Diboikot Ahli Keluarga
18 Memerangi Ayah Sendiri
19 Individu yang Dipercayai
20 Peniaga Berjaya
21 21 Bekas Luka
22 Calon Khalifah
23 Didatangi Mimpi Aneh
24 Kesan Mimpi
25 Antara Iman & Kasih
26 Pemuda Tampan
27 Tabah Walau Disakiti
28 Berjuang Kerana Islam
29 Said Bin Zaid
30 Perekod Hadis
31 Menolak Tugas Penting
Rujukan