Wednesday, November 18, 2009

NOVEL ISLAM : HADIAH UNTUK SUFIAH

TAJUK : HADIAH UNTUK SUFIAH

PENULIS : S. RAFIDAH H. BASRI

HARGA : RM13.00

SINOPSIS : “Tiada ucapan lainkah? Asyik ucapan yang sama. Bukannya boleh kaya dengan ucapan itu! Huh!” Marah Nawaz, suami Sufiah. Sufiah hanya mampu bersabar. Memang ucapan bismillah tidak pernah lekang dari bibirnya apabila melakukan sesuatu.

Satu hari, Nawaz mahu menguji isterinya. Dia memasukkan sesuatu ke dalam karung lalu diikat kemas. Karung itu diberikan kepada isterinya. Dia berkata, “Ia hadiah untuk adinda.” Sufiah menerima karung itu lalu membukanya, “Bismillahirrahmanirrahim.” Tiba-tiba….

Apa yang berlaku? Apa yang ada di dalam karung? Kenapa Nawaz mahu menguji isterinya? Segalanya terjawab dalam buku ‘Hadiah Untuk Sufiah.’ Selain itu ada 30 kisah teladan yang dapat dijadikan panduan hidup.

S.Rafidah H.Basri adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pengalaman dan pengetahuan beliau digarap bagi menghasilkan koleksi kisah teladan yang menjelaskan maksud kehidupan.

ISI KANDUNGAN

Kisah 1 : hadiah untuk sufiah
Kisah 2 : harga sepotong kuih
Kisah 3 : si celik dan si buta
Kisah 4 : gadis derhaka
Kisah 5 : seuncang benih gandum
Kisah 6 : keadilan tuhan
Kisah 7 : pencuri yang insaf
Kisah 8 : nikmat khusyuk solat
Kisah 9 : saudagar kaya dan tiga anaknya
Kisah 10 : jiran yang sombong
Kisah 11 : kisah pengemis dan orang kaya
Kisah 12 : peniaga yang jujur
Kisah 13 : takut kerana allah
Kisah 14 : empat limau bali
Kisah 15 : berkat larangan teman
Kisah 16 : akibat lupa diri
Kisah 17 : ucapan pelik
Kisah 18 : perompak, gagak dan ular
Kisah 19 : harta bernilai
Kisah 20 : tuba menjadi susu
Kisah 21 : wanita beriman
Kisah 22 : ubat mujarab
Kisah 23 : jenazah berwarna hitam
Kisah 24 : anak dan isteri yang solehah
Kisah 25 : raja yang zalim
Kisah 26 : anjing yang mengenang budi
Kisah 27 : tiada siapa mendengar
Kisah 28 : balasan yang sama
Kisah 29 : dua menjadi satu
Kisah 30 : farid dan gurunya
Kisah 31 : kelebihan berselawat